Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Setiap Ciuman Seorang Lelaki Itu Ada Maksudnya Tersendiri

Kongsi

Tahukah anda, setiap ciuman yang diberikan oleh seorang lelaki itu memberi maksud yang berbeza-beza. Kebanyakkan rahsia ini langsung tidak difahami oleh wanita. Ciuman boleh dilakukan pada pelbagai anggota badan, bukan hanya tertumpu pada bibir semata-mata.

Pasti anda ingin tahu rahsia ciumam lelaki ini mengikut bahagian tubuh wanita.

Ciuman Pada Tangan

Foto: socialmettle.com

Ciuman di belakang tangan wanita membawa tanda si lelaki menghormati anda. Namun ciuman ini jarang dilakukan lelaki kepada pasangan mereka, kerana ciuman ini lazimnya dilakukan oleh anak dan ibu.

Namun andainya pasangan anda mencium tangan anda ertinya si dia cuba menunjukkan betapa dia menyanjung dan menghargai anda sebagai seorang yang sangat istimewa dalam hidupnya.

Ciuman Pada Dahi

Foto: lovebondings.com

Ciuman begini penuh dengan kasih sayang. Ia membawa maksud bahawa betapa kasihnya lelaki terhadap pasangan wanitanya. Saat dahi dikucup, wanita dapat merasakan getaran kasih lelaki kepadanya.

Ciuman Di Bibir

Foto: metro.co.uk

Ciuman pada bibir wanita memberi makna si lelaki sedang menghadiahkan ciuman cinta. Bagi sesetengah lelaki, tidak perlu mengungkap rasa cinta kerana ciuman di bibir wanita yang disayangi itu sudah memadai.

Ciuman Di Leher

Foto: india.com

Jika suami anda mencium leher atau tengkuk anda, ianya menandakan bahawa dia sangat menghargai seluruh tubuh anda. Bukan hanya atas dasar nafsu semata. Ini menunjukkan bahawa pasangan anda memuja atau menghargai tubuh anda yang cantik dan sangat dicintainya.

Ciuman Dari Belakang

Foto: wisetoast.com

Sesekali diberi kejutan oleh si suami yang memeluk anda dari belakang dan mengucup leher pasti membahagiakan. Ia membawa maksud si suami sedang merindui anda dan mahu anda memahami kemahuannya itu.

Walau baagaimana pun, jangan ghairah sangat nak mencium ataupun dicium, kena jaga juga kebersihan mulut sebelum melakukan perbuatan yang romantis itu.

Baca juga  Tisu Basah Tidak Sah Dalam Menepati Syarat-Syarat Penyucian Menurut Islam

Semoga maklumat ini bermanfaat kepada anda dalam memahami setiap jenis ciuman yang diberikan kepada anda.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *