Cari...

Info Menarik Kecantikkan Kesihatan Tips Menarik

Serbuk Kopi Salah Satu Cara Untuk Hilangkan Selulit Dengan Berkesan

Kongsi

Kesan garis pada kulit, nampak seperti lemak pecah di kulit, itu merupakan selulit jika anda tidak tahu. Ramai orang yang tak tahu apa itu selulit.

Selulit adalah salah satu masalah besar bagi wanita, lagi-lagi bagi mereka yang baru sahaja lepas melahirkan anak. Masalah ini mampu membuatkan wanita rasa tertekan dan fobia. Kenapa?

Selulit

Selulit merupakan garis-garis kulit pecah pada kulit disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan kollagen dan elastin pada lapisan kulit. Selulit selalu terdapat pada bahagian lengan, perut, peha, dan punggung. Masalah ini sering menyerang wanita dan mereka sangat tidak gemarkannya. Wanita seharusnya menyukai kulit yang rata dan halus.

Selain itu, tekanan dan kurang rehat juga menyebabkan kelenjar turut tertekan. Ianya mampu menghalang kelancaran pembuangan bahan tidak diperlukan tubuh. Kurangkan pengambilan makanan berkalori tinggi seperti gula, mentega, lemak haiwan dan garam.

Selulit boleh terjadi jika anda gemar memakan makanan pedas, memakan makanan pedas juga berpengaruh terhadap pembentukan selulit kerana toksin yang dihasilkan berkumpul dalam kelenjar lemak.

Terjadinya perubahan hormon seperti estrogen yang merupakan salah satu sebab timbulnya selulit. Jika anda gemar meminum kopi dan teh juga perlu berhati-hati. Pengambilan kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar dan memudahkan penghasilan selulit.

Cara Mengatasi Selulit

Jika anda penggemar minum kopi, semestinya ada serbuk kopi kan? Cara atasi selulit dengan serbuk kopi mudah sahaja, sapukan serbuk kopi pada bahagian selulit dan biarkan selama 20 minit bagi menanggalkan sel-sel kulit mati serta menghapuskan selulit degil. Lakukan selalu sehingga hilang kesan selulit.

Baca juga  Nasi Kerabu Biru Atasi Masalah Hilang Ingatan dan Keguguran Rambut
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *