Cari...

Berita

Semua Di Anggap Permainan, Ibu Bapa Harus Lebih Berhati-hati

Kongsi
kunci

Seorang kanak-kanak perempuan tertusuk matanya dengan segugus kunci. Salah satu anak kunci termasuk di dalam mata kanak-kanak tersebut dan menyebabkan kanak-kanak itu dihantar ke hospital.

Menurut, laman http://kulihatlangitbiru.com, Seorang kanak-kanak perempuan tertusuk kunci di mata kanannya ketika sedang bermain.

Menurut sumber, kejadian malang itu berlaku di Republik Dominika.

Ketika kejadian, manga yang berusia dalam lingkungan 2-5 tahun itu dikatakan terjatuh dan kunci tersebut tertusuk di dalam matanya.

Ibu bapa mangsa yang terdengar tangisan lalu datang untuk melihat keadaan mangsa sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan mangsa, namun golongan ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawasi anak-anak dan tidak membiarkan mereka bermain dengan benda-benda yang berbahaya.

Melalui ringkasan ini, kesimpulannya kita sebagai ibubapa harus berhati-hati dengan dan lebih memberi perhatian kepada anak-anak terutamanya ketika mereka sedang bermain. Apa yang berlaku merupakan asbab untuk kita supaya memberi pengajaran untuk menjadi ibubapa yang lebih baik.

Baca juga  Penarafan dan Keputusan Terbaik EPL 2020

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *