Cari...

Kesihatan Pertanian Sains

Sel Kanser Alah Kepada Daun Remunggai (Moringa)

Kongsi

Jika bercakap mengenai kanser, pasti semua orang sangat takut menghadapinya kan? Mana tak nya, setiap orang ada sel kanser di dalam badan, cuma aktif atau tidak je lagi. Namun demikian, setiap apa yang terjadi pasti ada penawar atau lawannya. Seperti daun ini, sel kanser sangat alah dengan daun herba ini.

Pasti ramai yang masih lagi belum tahu tentang pokok moringa ini yang turut dikenali dengan berbagai nama di Malaysia seperti rembungai, remunggai, lemunggai, merunggai, gemunggal, murungai, pokok kelor dan beberapa nama lain mengikut tempat. Nama saintifik seperti yang dinyatakan di Wikipedia sebagai daun kelor adalah Moringa Oleifera daripada keluarga Moringaceae.

Mari kita kenal serba sedikit tentang daun herba in:

Pokok Kelor/Remungai
Famili: Moringaceae
Genus: Moringa
Spesis: Moringa Oleifera

Intro:
Asal dari Asia Selatan(India,Pakistan dan Afganistan.

Nama lain:

  • Malaysia (Kelor), India (Merunggai), Benggali(Sajina), Vietnam( Ch’um ng’ay), Thailand(Ma-rum), Filipina (Malunggay), Indonesia (Kelur n Limaran) dan B.Inggeris( Moringga, ben-oil tree dan drumstick tree).
  • Sesetengah kawasan ade juga yg mengenalinya dgn nama Rembungai, Lembungai dan monggai.
  • Tanah yg sesuai kering dan berpasir.
  • Ketinggian lebih kurang 10 meter.
  • Ditanam secara meluas di Asia,Afrika Selatan, Barat dan Timur, Ethiopia, Sudan,Amerika Selatan, Kepulauan Pasifik, Carribean dan Florida.

Keterangan:

  • Kajian oleh negara barat seperti ‘Trees for Life’,mereka telah mengambil pakai pokok ini untuk menolong rakyat negara miskin. Barat melabelkan pokok ini sebagai Food Supplement.
  • Pengkaji barat telah mentakrifkan pokok ini sebagai pokok yg paling berguna kepada manusia (Miracle Tree).

Khasiat:

1) Daun pokok mempunyai:

  • Khasiat vitamin A lebih tinggi dari lobak merah(carrot).
  • Lebih banyak zat besi dari bayam.
  • Lebih banyak vitamin C dari limau.
  • Lebih banyak kalsium dari susu.
  • Lebih banyak potassium dari pisang.
  • Kualiti protein setanding dgn telur dan susu.

Kegunaan sebagai makanan:

  • Semua bahagian pokok ini boleh dimakan dan berguna tetapi tidak digalakan makan akarnya kerana mempunyai alkaloid spirichin.
  • Daun basah boleh dimasak pelbagai cara.
  • Daun kering boleh disimpan lama tanpa hilangkan khasiat.
  • Buah muda boleh dimasak kari,Lemak atau sayur.
  • Biji boleh dimasak atau dipanggang.
  • Minyaknya yg susah rosak digunakan untuk salad.
  • Bunganya boleh dimakan kalau di masak.
Baca juga  Mencegah Kanser Dengan 3 Sayuran Ini

Minyak dari biji:

  • Mempunyai kandungan 30-40 % minyak.
  • Minyaknya dikenali sebagai BEN OIL.
  • Minyaknya tidak melekat dan diguna kan untuk peralatan/jentera halus.
  • Minyaknya tidak berbau glycerides oileic,asid stearik dan palmitik.

Biji yg telah dikisar:

  • Digunakan merawat air bagi menggantikan aluminium sulphate.
  • Dipedalaman Indonesia,air dari kawasan tanah gambut telah dirawat menggunakan biji merunggai.

Makanan Ternakan:

  • Daun.
  • Sisa biji selepas diambil minyaknya.

Batang Pokok:

  • Tanning atau bahan kelat dari batang pokok digunakan untuk perusahaan kulit.
  • Dibuat gam.

Nilai Perubatan:

  • Menstabilkan tekanan darah/hypotensive.
  • Mengawal kadar glukos dalam darah.
  • Cirir birit.
  • Bengkak dalam usus.
  • Parasit dalam perut.
  • Sengal tulang.
  • Sakit sendi.
  • Arthritis.
  • Gout.
  • Meningkatkan ketahanan badan.
  • Kanser prostate,kulit/anti kanser.
  • Sakit kerongkong/bronchitis.
  • Jangkitan saluran kencing.
  • Kurang darah/anemic.
  • Hypo glycemic.
  • Anti kuman,termasuk kuman helibacter pulori yg menyebabjan sakit ulser dan gastrik.

Pokok ini mudah ditanam melalui ranting atau dahan,dicucuk ketanah,siram dan baja sekali sekala.

Kelebihan dan Khasiat Pokok Moringa Oleifera

Khasiat daun moringa dan kacang kelor terbukti terbaik selepas dibuat kajian terperinci.
Apakah yang menarik dengan pokok Moringa ini? Sebenarnya pokok kelor ini sangat menarik dan mempunyai begitu banyak khasiat yang tersendiri dalam perubatan dan kesihatan manusia. Malahan ia juga pernah diiktiraf dan diberi gelaran sebagai Plant of the Year.

Mungkin anda pernah melihat pokok ini di sekitar kawasan rumah anda kerana pokok gemunggal ini sering tumbuh melata di mana-mana sahaja walaupun kawasan tanah yang tidak mempunyai sumber air yang banyak. Di sesetengah tempat pokok ini ditanam secara meluas untuk membuat berbagai jenis ubat dan beberapa produk untuk kesihatan.

Selain menurunkan tekanan darah, khasiat daun kelor untuk kolesterol juga terbukti.
Di negara kita daun, akar dan buah pokok gemunggal ini banyak kegunaannya dijadikan herba perubatan begitu juga kacang kelor yang digunakan dalam masakan seperti sayur goreng, masak lemak cili padi, digoreng bersama telur, kari dan banyak lagi jenis masakan yang dicampurkan dengan daun ini yang mampu menyedapkan masakan itu selain mempunyai kandungan nutrisi yang sangat tinggi.

Perbezaan Moringa Oleifera Segar dan Moringa Kering

Berikutnya adalah antara khasiat pokok Moringa Oleifera dengan perbezaan daun moringa segar dan juga yang kering seperti yang dikongsikan di laman Facebook.

Baca juga  Garisan Pada Kuku Petanda Kanser Kulit

Daun Moringa Segar

  • Setanding dengan 7 kali Vitamin C yang terdapat pada buah oren.
  • Setanding dengan 4 kali Vitamin A yang terdapat pada lobak merah.
  • Mempunyai 4 kali ganda kalsium yang tinggi seperti yang ada pada susu.
  • Kandungan kalium yang sangat tinggi 3 kali ganda yang terdapat pada pisang.
  • Dua kali ganda mempunyai protein yang banyak seperti Yogurt.
  • Bersamaan dengan 1/4 kali zat besi yang terdapat pada sayur bayam.

Di negara Barat, pokok Moringa Oleifera yang diberi jolokan pokok ajaib ini sering digunakan dalam perubatan untuk berbagai jenis penyakit seperti kanser, penyakit kulit, menyembuhkan ulser, kolestrol tinggi, gastrik, menurunkan gula dalam darah, menurunkan tekanan darah dan lain-lain lagi yang kini turut dijual di Malaysia.

Selain itu, daun moringa juga dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijual di sesetengah tempat di negara Barat. Ia juga dijadikan sebagai makanan tambahan dibuat dalam bentuk kapsul atau pun serbuk. Keajaiban ubat herba tradisional yang berasakan moringa telah terbukti kerana permintaannya juga agak tinggi.

Cara Makan atau Pengambilan Moringa

Cara yang paling mudah untuk makan ubat moringa adalah dengan memetik daun-daun segar atau buah dan boleh dimakan secara mentah atau dijadikan sebagai salad dan ulam selain dimasak dengan berbagai jenis masakan mengikut kreativiti masing-masing.

Resepi daun murungai paling mudah dan berkhasiat adalah menjadikan jus segar.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan jika anda ingin memasak daun ini, jika dimasak terlalu lama ia boleh menyebabkan kehilangan nutrien aslinya selepas dipanaskan di atas api dan mendidih terlalu lama. Sebahagian vitamin dari daun moringa ini mungkin akan rosak selepas terdedah kepada bahang kepanasan yang lebih dari 140 darjah F atau pun 60 darjah C.

Anda juga boleh jadikan daun dari pokok Moringa Oleifera ini sebagai serbuk dengan cara menjemurnya dengan meletakkan jaring sebagai langkah kebersihan untuk beberapa hari. Kemudiannya apabila daun kering dan luruh dari ranting, kisarkan supaya menjadi serbuk yang halus. Serbuk tersebut boleh digunakan dalam masakan.

Sebenarnya, masih banyak manfaat dan resepi yang boleh dibuat dengan menggunakan daun ajaib ini, antaranya sebagai minuman jus atau teh daun moringa yang dicampurkan dengan sesudu madu dan minum pasti anda akan merasai kenikmatannya yang tak terhingga.

Baca juga  Periuk Kera Sebenarnya Tandas Untuk Binatang Ini?

Resepi Daun Moringa

Pokok atau daun kelor di Malaysia juga dipanggil sebagai murungai atau munggai.
Cara makan daun moringa juga boleh dibuat sebagai kerepek seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Cara-caranya, anda perlu leraikan daun moringa satu persatu dan campurkan dengan adunan tepung yang sangat cair seperti ingin membuat goreng pisang atau cempedak goreng. Kemudian campurkan dengan daun kari, hasilnya sangat sedap dan menyelerakan.

Atau anda juga boleh goreng begitu saja dengan mencampurkan cili potong atau cili kering digandingkan dengan daun kari dan juga kekacang seperti kacang dal atau kacang tanah. Walau bagaimanapun, goreng kering tanpa sebarang tepung adalah paling sedap.

Moringa Mencegah Kanser

Berikut adalah perkongsian dari Ustaz Nazri yang berkongsi tentang daun pokok Moringa Oleifera ini di Facebook miliknya selepas anaknya meninggal dunia kerana penyakit kanser otak.

Ini pokok moringga. Banyak lagi nama lain orang panggil. Saya kenal pokok ni bila anakanda kena kanser otak. Ada sahabat-sahabat kenalkan dan suruh beri anakanda makan. Namun, barangkali agak terlambat dah masa tu.

Justeru, selepas itu saya terus tanam di belakang rumah. Saya tengok, orang jual kapsul daun ni berharga ratusan ringgit sebotol. Puncanya, pokok ini dikatakan mampu menghalang sel-sel kanser dari terus merebak.

Daunnya boleh dibuat ulam, dimasukkan dalam telur goreng dan lain-lain. Saya tambah satu lagi resepi untuk masukkan dalam sup telur. Fuhhh!! Anak saya yang awal-awalnya tak nak maka, lepas saya bagi cuba daun ni dalam sup, terus diorang makan. Tak cukup tau!

Sup telur yang dimasak bersama daun kelor, sedap katanya.
Jom amalkan daun moringga ini. Mudah-mudahan keluarga kita terhindar dari penyakit nombor satu ini iaitu kanser. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukannya. Tetapi, Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu sendiri tidak mahu berusaha mengubahnya. Fikir-fikirkan.

Semoga perkongsian tentang khasiat dan kebaikan pokok Moringa Oleifera ini akan membantu anda atau mereka yang masih tercari-cari maklumat atau kelebihan yang ada pada pokok ajaib ini yang mampu merawat berbagai jenis penyakit.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *