Cari...

Info Menarik

Seekor Ikan Keli Didapati Bersalah Kerana Membunuh Seekor Kucing

Kongsi

Perkara yang sangat melucukan apabila seorang wanita menelefon bomba untuk menangkap ikan keli yang berada dirumahnya kerana menyengat kucing peliharaannya.

Tugas bomba sering dikaitkan sebagai hero penyelamat dalam insiden-insiden yang serius. Ia termasuklah tugas menyelamatkan anak kucing di atas pokok.

Foto: era.je

Paling tidak masuk akal apabila seorang wanita dari Shah Alam menghubungi bomba untuk menangkap ikan keli yang dipercayai meragut nyawa selepas menyengat kucing peliharaannya.

Kejadian yang berlaku pada jam 7 pagi di kediaman di Jalan Pulau Indah, Shah Alam, wanita berusia 49 tahun itu menghubungi bilik kawalan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengadu hal berkenaan.

Foto: era.je

Jurucakap JBPM Selangor berkata, pihaknya sudah menerangkan kepada wanita itu bahawa ia bukan kes kecemasan yang memerlukan tindakan bomba, namun dipertikaikan oleh wanita berkenaan.

“Wanita itu mempertikaikan jika bukan bomba yang buat, siapa sepatutnya melakukan tugas itu.

“Ketika kejadian hanya wanita dan anak lelakinya sahaja di rumah”, katanya.

Ikan keli terbabit juga telah ditangkap dan kini disimpan di balai bomba.

Juga komen lucu netizen tentang berita ini:

Berita terkini……se ekor ikn keli didapati bersalah kerana membunuh se ekor kucing..ketika ditahan di rumah tuan beliau..ikan keli terbabit cuba utk melarikan diri..namun di atas ketangkasan pihak bomba..akhirnya ikn tersebut berjaya diberkas..kes ini diklasifikasikan sebagai membunuh..pesalah akn dijatuhkan hukuman mandatori..SALAI SAMPAI MATI…sekian laporan berita dri sy..kita kembali ke sri pentas

Sumber: era.je

Baca juga  Mulut Bengkak, 4 Gambar Sedih Kucing Disengat Lebah
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *