Cari...

unik

Salon Ini Menggunakan Khidmat Ular Sawa Untuk Mengurut Pelanggan

Kongsi

Menggunakan ular sawa untuk mengurut pelanggan? Memang idea gila lah salon ini. Mana taknya, mana ada dibuat orang lagi, entah-entah kita terjerut di buatnya. Aapa-apapun, pihak salon ini mengambil risiko untuk menggunakan khidmat ular sawa untuk mengurut pelanggan mereka.

Selalunya jika pergi ke salon untuk menggunting rambut, pasti kita minta untuk mencuci rambut sebab boleh nikmati urutan sekali. Jika dilayan urutan itu, boleh tertido jugalah terutama jika memang badan terasa sakit-sakit.

Ular Sawa Untuk Mengurut Pelanggan
Foto: cari

Ular Sawa Untuk Mengurut Pelanggan

Di Dresden, German, terdapat sebuah salon dinamakan Haar Mode Team yang turut menawarkan perkhidmatan mengurut leher khas buat pelanggan mereka.

Apa yang uniknya mengenai urutan leher ini adalah pelanggan tidak akan diurut tukang urut, sebaliknya seekor ular dilatih untuk memberikan perkhidmatan tersebut! Mesti ada yang tengah kejang-kejang otot menahan geli sebab terasa-rasa ada benda melingkar di leher sendiri.

Salon ini menggunakan Monty, seekor ular sawa untuk memberikan urutan leher kepada pelanggan, dalam masa sama menarik minat pelancong serta penduduk tempatan untuk mengunjungi salon berkenaan bagi mendapatkan urutan unik itu.

Pelanggan tidak akan dicaj bagi perkhidmatan urutan, sebaliknya mereka boleh menderma sebagai dana untuk membeli makanan reptilia terbabit.

Ular Sawa Untuk Mengurut Pelanggan
Foto: ruptly

Denyutan tubuh Monty yang melingkar di leher pelanggan menggantikan urutan tangan manusia. Pelanggan tidak perlu khuatir kerana Monty tidak berbahaya, malah ia sangat jinak dan ramai pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatannya.

Menurut pengalaman pelanggan, tubuh ular sawa itu hangat dan rasanya sangat menyenangkan ketika ia berdenyut memijat leher pelanggan.

Mari lihat video ini:

Youtube

Artikel berkaitan Naga Mirip “Nightfury” Di Temui Kepulauan Borneo Spesis yang jarang nampak ini sangat memberi kejutan kepada para saintis kerana masih banyak binatang yang belum pernah di jumpai di dunia ini.

Baca juga  Tengkorak Tumbuh Tanduk Kerana Menghadap Telefon Bimbit
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *