Cari...

Gaya Hidup Artis

Rumah Kayu Mengajar Erti Hidup – Pelawak Shuib

Kongsi

Setiap orang ada satu kenangan yang menjadi penyebab mereka berjaya. Kemiskinan kadang-kala ujian yang berat yang dipikul oleh ibubapa kita, namun ia menjadi inpirasi kepada anak-anak untuk terus maju ke hadapan. Mereka pasti inginkan kehidupan yang sedikit senang supaya tidak terlalu susah untuk menjalani kehidupan harian.

Foto: catatanterakhir.com

Kejayaan dan kemewahan hidup yang dimiliki hari ini, tidak pernah melalaikan pelawak Shuib Sepahtu. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad, yang mula mencipta populariti selepas memenangi program realiti Raja Lawak pada 2009, sentiasa mengingatkan diri dari mana asal usulnya.Malah Shuib masih mengingati rumah kayu, tempat dia dilahirkan dan dibesarkan sebelum ini.”Dari umur lapan bulan sampai umur 17 tahun,

Foto: catatanterakhir.com

Ini lah rumah saya dibesarkan. Air ambil tiap-tiap petang pakai baldi, mandi dekat parit, tandas luar rumah, tidur pakai kelambu, lampu pakai pelita, motor tak ada tapi yang ada cuma basikal.

“Belanja sekolah 50 sen, Sabtu Ahad tangkap belut buat tambah duit sekolah. Tapi inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar.

“semoga anak – anak isteri menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah.”Bersedia dengan setiap ujian Allah. Susah juga ujian, senang juga ujian,” jelas Shuib.”

Bukan seperti anak orang kaya, celik-celik je dah merasai kemewahan. Jadi, mereka tidak tahu apa erti hidup susah. Hidup susah memberi banyak pengajaran untuk menjadi lebih baik sebenarnya. Namun, begitulah hidup seperti roda. Kadang-kadang diatas, kadang-kadang di bawah.

Baca juga  Smartphone Dengan Pengecas Yang Terpantas Abad Ini, Hanya 13 Minit
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *