Cari...

Gaya Hidup Kesihatan Living

Rumah Anda Harus Di Bersihkan 100% Daripada Kuman

Kongsi

Rumah anda haruslah bersih daripada kuman supaya virus COVID-19 tidak dapat hidup di persekitaran yang bersih. Amalkan mencuci tangan dan setiap barangan yang sudah digunakan dicuci terus.

Malaysia mencatat 159 kes baharu positif COVID-19 menjadikan keseluruhan kes jangkitan adalah sebanyak 2,320 dengan jumlah kematian akibat COVID-19 adalah 27 kes pada hari ke-11 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pihaknya menjangkakan jumlah peningkatan kes positif COVID-19 akan meningkat lebih banyak pertengahan April ini berikutan beberapa kes termasuk warga Malaysia yang pulang daripada percutian di luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bercakap ketika sidang media harian berkenaan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Sehubungan itu, katanya, adalah penting bagi setiap individu untuk mematuhi arahan PKP dengan tidak keluar rumah sepanjang penguatkuasaan PKP bagi mengelakkan penularan wabak koronavirus berterusan.

“Kajian menunjukkan virus ini boleh kekal pada permukaan selama sembilan hari, justeru amat penting bagi masyarakat untuk mengamalkan kebersihan diri termasuk persekitaran rumah,” katanya ketika Sidang Media Harian COVID-19 di Putrajaya, petang tadi.

Selain kerap membasuh tangan dan mengamalkan penjarakan sosial, setiap keluarga digalakkan untuk membersihkan kediaman setiap hari bagi menyahkuman khususnya pada setiap permukaan dan perabot.

Panduan disinfeksi dan pembersihan rumah yang disarankan Kementerian Kesihatan. Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berikut dikongsikan 3 langkah pembersihan rumah berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan (KKM).

1. Permukaan lantai dan peralatan

Bersihkan permukaan lantai dan peralatan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bahan penyahjangkitan yang boleh digunakan iaitu:
– Cecair peluntur komersial, atau
– Cecair mengandungi 70 peratus alkohol, atau
– Bahan pengelap segera yang mengandungi 70 peratus alkohol

Baca juga  Bersihkan Selaput Putih Di Lidah Bayi, Elak Jangkitan Kuman Dan Bau Masam

Permukaan lantai dan peralatan rumah juga perlu dinyah kuman bagi memastikan ia bersih daripada bakteria – gambar hiasan. Foto; NSTP.

2. Perkakasan rumah

Bersihkan perkakasan rumah khususnya permukaan yang kerap disentuh antaranya sofa, meja makan, televisyen, mesin basuh, peti sejuk, almari, tombol pintu, pemegang tangga, kipas, katil dan barang permainan kanak-kanak.

Kita mungkin tidak sedar bahawa perkakasan atau barang berkenaan antara permukaan yang paling mudah menjadi tempat untuk menjangkitkan virus kepada individu lain, oleh itu langkah membasmi kuman wajar dilakukan setiap hari.

Gunakan peralatan seperti mop, kain lap dan penyembur mengandungi bahan peluntur komersial yang mampu membunuh kuman.

Permaidani juga perlu dinyahkuman – gambar hiasan. Foto: NSTP.

3. Permaidani

Sekiranya kediaman anda mempunyai hamparan permaidani, bersihkan permaidani dengan penyedut hampagas

terlebih dahulu sebelum menyembur cecair penyahkuman sekurang-kurangnya dua kali sehari sama seperti

permukaan lain di dalam rumah.

Cara menyediakan bahan pembasmi kuman:

1. Sediakan bancuhan bahan pembasmi kuman. Caranya, 1 cawan bahan peluntur dicampur dengan sembilan cawan air.

2. Cecair pembasmi kuman yang digunakan perlu mengandungi sekurang-kurangnya lima peratus kepekatan Sodium Hypochlorite yang biasanya ada label khas pada bahagian botol cecair.

3. Bancuhan perlu terus digunakan dan tidak boleh disimpan kerana jika disimpan, kesannya akan berkurangan apabila disembur pada permukaan.

4. Pastikan anda tidak memasukkan bahan lain, hanya cecair peluntur/pembasmi kuman dan air sahaja yang digunakan bagi mengelakkan kemungkinan berlaku tindak balas merbahaya apabila disembur pada permukaan.

Semoga anda dapat mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat. Jalani hidup tanpa sakit.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *