Cari...

Gaya Hidup Kesihatan

Risiko Stress Terhadap Penjawat Awam, Tinggi

Kongsi
penjawat awam

Tak kira anda bekerja di sektor swasta atau kerajaan, risiko stress di tempat kerja memang ada. Namun, ada beberapa sektor kerajaan yang berisiko tinggi untuk pekerja itu stress. Penjawat awam yang berkhidmat di sektor kesihatan, pendidikan dan keselamatan antara berisiko tinggi mengalami stres disebabkan tekanan kerja.

Kesautan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mengkaji penyebab tekanan kerja yang membelenggu penjawat awam. Presiden CUEPACS, Datuk Azih Muda berkata, lebih 30 peratus dalam kalangan penjawat awam mengalami tekanan kerja dan perkara itu perlu dipandang serius.

Foto: howmoneywalks.com

“Kebimbangan kita apabila risiko tekanan ini berlaku kepada penjawat awam, ia boleh menyebabkan kemurungan dan akhirnya mereka tidak dapat memberikan produktiviti yang baik.”

“Sebagai contoh, pekerja di klinik atau hospital akan menjadi tertekan terutamanya apabila jumlah pesakit bertambah. Mereka tidak tahu bila mereka boleh pulang ke rumah. Baru nak balik, pesakit pula datang jadi mereka kena tunggu.”

“Kemudian bila sampai ke rumah, kena marah dengan suami kerana pulang lewat. Akhirnya ini akan menyebabkan stress dan kemudian keadaan murung,” jelasnya. Sementara itu, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Sarawak yang memberi maklum balas positif dengan beberapa cadangan pihaknya.

Antaranya ialah cadangan memberi cuti tanpa rekod tujuh hari kepada penjawat awam negeri untuk melaksanakan aktiviti keagamaan mengikut kepercayaan masing-masing. Justeru Cuepacs juga mencadangkan agar pendidikan awal psikologi turut ditekankan kepada semua peringkat penjawat awam.

Sumber: astroawani & hmetro

Baca juga  Cara Mencegah Dan Mengatasi Penyakit Gout
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *