Cari...

Kulinari

Resipi Tart Keju Bluberi Sedap Dan Manis

Kongsi

Tart Keju bluberi ini sangat sedap dan manis, sesuai dimakan bersama keluarga. Di hidang bila ada majlis keramaian seperti hari raya, atau majlis perkahwinan.

Bagaimana cara nak masak Tat Keju Bluberi?

Bahan-bahan diperlukan:

  • 125 g mentega 
  • 125 g marjerin 
  • 100 g gula halus 
  • 1 biji telur (gred B) 
  • 500 g tepung gandum (diayak) 
  • 250 g krim keju 
  • 50 g mentega 
  • 80 g gula halus 
  • 250 g inti bluberi (Filling)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Pukul mentega, marjerin, dan gula halus sehingga kembang. 
  2. Masukkan telur dan kacau rata. 
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  4. Terapkan doh dengan acuan bulat dan masukkan ke dalam acuan tat. Tekan adunan supaya leper dan kemas di dalam acuan tat. 
  5. Cucukkan dengan garpu supaya doh tidak menggelembung. 
  6. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170°C api atas dan bawah selama 20-25 minit ataupun sehingga masak. 
  7. Pukul semua bahan B sehingga gebu. Masukkan ke dalam piping bag. 
  8. Keluarkan tat dan masukkan filling bluberi dan krim keju. 
  9. Bakar semula selama 5 minit. 
  10. Angkat tat dan sejukkan. 
Baca juga  10 Makanan Yang Paling Lazat Di Dunia
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *