Cari...

Kulinari

Resipi Masak Lemak Cili Api Udang & Tempe

Kongsi

Masak lemak cili api udang dan tempe sangat sesuai di hidang bila bersama keluarga. Rasanya lemak dan rasa pedasnya pasti membuatkan anda rasa ingin tambah nasi. Tempe di dalamnya boleh menambahkan lagi selera makan anda.

Bagaimana cara nak masak Masak Lemak Cili Api Udang & Tempe?

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 g udang basah 
  • 1 bungkus tempe (dipotong kecil) 
  • 20 biji cili api 
  • 4 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • ½ cawan air 
    (Cili api, bawang merah, kunyit hidup dikisar bersama air)
  • 2 cawan santan pekat 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 2 helai daun kunyit 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Bersihkan udang. Basuh dan tuskan. 
  2. Masukkan tempe dan bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. 
  3. Masukkan santan pekat, udang, asam gelugur, daun kunyit, dan garam. 
  4. Kacau perlahan-lahan sehingga mendidih semula. Hidangkan.
Baca juga  Resipi Biskut Cranberries Chocolate Corn Flakes Cookies

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *