Cari...

Kulinari

Resipi Kek Pandan Gula Melaka

Kongsi

Pada bulan Ramadhan, memang banyak jenis makanan yang akan di sediakan di bazar-bazar. Terutamanya kuih muih dan tidak lain kek yang sedap-sedap. Disini ada resipi kek yang mungkin akan membuatkan air liur anda meleleh. Lebih-lebih lagi ketika anda sedang kelaparan mencari juadah berbuka.

Kek yang sedap dengan aroma daun pandan yang segar dan rasa gula Melaka pada buttercream menambahkan kelazatan rasanya. Lembut manis memang sedap dijadikan pencuci mulut mahupun untuk dimakan pada bulan Ramadan.

Paling lazat buttercream frosting di atasnya turut diberi rasa karamel pandan yang dititiskan sedikit di atasnya. Jom kita ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Huzzaeen Rosli ini.

Foto: rasa.my

KEK PANDAN GULA MELAKA

BAHAN KEK:

  • 200gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 125gm unsalted butter
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh esen vanila
  • 200gm gula castor
  • 2 biji telur gred A
  • *75gm santan kotak
  • *25gm air
  • *2 sudu besar jus pandan
  • *pewarna hijau
  • (*campur sekali)

CARA MEMBUAT:

  1. Panaskan oven.
  2. Ayak tepung dan baking powder.
  3. Pukul mentega, vanilla dan garam hingga kembang.
  4. Masukkan gula sedikit demi sedikit hingga gebu.
  5. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.
  6. Masukkan campuran santan, air, jus pandan dan perwarna.
  7. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  8. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas dalam acuan dan bakar sehingga masak. Suhu 160c selama 25 minit.
Foto: rasa.my

GULA MELAKA SWISS MERINGUE BUTTERCREAM FROSTING

BAHAN KARAMEL:

  • 50gm gula Melaka dihancurkan
  • 2 helai daun pandan
  • 1/8 cawan air

CARA MEMBUAT:

  • Untuk menyediakan karamel, campurkan gula melaka, daun pandan dan air dalam periuk.
  • Masakkan sehingga gula larut.

INFO: Sediakan awal dan biarkan sejuk.

BAHAN BUTTERCREAM:

  • 3 biji putih telur
  • 110gm gula castor
  • 150gm unsalted butter
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh esen vanila
Baca juga  Nasi Kerabu Biru Atasi Masalah Hilang Ingatan dan Keguguran Rambut

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan putih telur, gula dan garam dalam bekas kalis panas dan boiler. Pastikan gula larut..
  2. Pukul adunan telur hingga kental.
  3. Perlahankan mixer dan campur mentega sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  4. Campurkan karamel gula melaka dan pukul hingga sebati. Boleh tinggalkan baki sedikit jika suka.
  5. Sedia dipaipkan ke atas kek.
Foto: rasa.my

Baki gula karamel boleh dititiskan dititiskan atas permukaan kek (butter cream) untuk rasa lebih ummph.

KREDIT RESIPI & GAMBAR:  Puan Huzzaeen Rosli

FB : Huzzaeen Rosli

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *