Cari...

Kulinari

Resipi Biskut Cranberries Chocolate Corn Flakes Cookies

Kongsi

Bulan puasa bakal menjelang, maka tidak lama lagi akan datangnya Hari Raya Puasa. Sudah pasti anda mencari resipi kuih muih dan biskut untuk dijadikan santapan di Hari Raya. Disini ada satu resipi yang sangat menarik yang boleh anda cuba untuk raya tahun ini.

BAHAN-BAHAN :

  • 250 gm mentega
  • 120 gm gula perang
  • 1 biji telur
  • 350 gm tepung gandum | diayak
  • 30 gm serbuk coklat | diayak
  • 10 gm serbuk penaik | diayak
  • 50 gm corn flakes | diramas
  • 30 gm cranberi | dipotong kecil

Bahan hiasan :
Coklat cair secukupnya sebagai hiasan

CARA MEMASAK :
1. Pukul mentega bersama gula perang hingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur, pukul rata dan masukkan tepung gandum dan serbuk penaik..
3. Masukkan pula serbuk coklat .Diikuti dengan corn flakes dan cranberi, gaul rata dan adunkan menjadi doh lembut
4. Bulat-bulatkan dan sudukan di atas dulang pembakar.
5. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 170 darjah celcius selama 18 minit atau perang keemasan.
6. Sejukkan kemudian boleh dilorekkan dengan coklat yang telah dicairkan dengan menggunakan beg piping.

INFO : Anda boleh juga menggunakan buah beri jenis lain seperti strawberi dan raspberi menggantikan cranberi jika suka.

Resipi ini dipetik dari laman rasa.my dan banyak lagi resipi disana yang perlu anda lihat. Selamat mencuba.

Baca juga  Nasi Kerabu Biru Atasi Masalah Hilang Ingatan dan Keguguran Rambut
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *