Cari...

Kulinari

Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Paling Sedap

Kongsi

Tahukah resipi ayam goreng berempah yang paling sedap? Admin ada terjumpa satu resipi masakan yang seperti sangat sedap untuk di buat. Di sini, admin ambil dari website DariDapur. Namun, jika di Indonesia ia dipanggil Ayam Penyet.

Melalui petikan DariDapur, gunakan 7 keping paha ayam, Sangai 2 sudu makan rempah , 2 sudu makan jintan manis dan 2 sudu makan jintan putih. Ketepikan.Sambung sangai 8 sudu makan beras. Bila dah selesai kesemuanya, blend kering menjadi serbuk.Simpan dalam bekas kedap udara.Bahan ini kita akan gunakan untuk lumur pada ayam goreng penyet.

Untuk bahagian ayam pula, mesti perasa bila makan di kedai , ayamnya rangup di luap rapi tapi lembut di dalam kan. Jom kita tengok cara penyediaan ayam penyet istimewa ini.Panaskan air dalam periuk besar. Masukkan 2 inci halia muda yang diketuk bersama akar daun sup dan akar daun ketumbar.

Tunggu bila air mendidih barulah dimasukkan ayam yang dicuci bersih bersama sup bunjut.Rebus 20-30 minit.Keluarkan ayam.

Air rebusan ayam pula kita akan gunakan untuk masak nasi ayam penyet  beserta sup. Untuk nasi, basuh beras seperti biasa dan campurkan air rebusan 3/4 atau sepenuhnya ke dalam beras.Tanak nasi seperti biasa. Untuk sup pula, perasakan sedikit garam dan kiub ayam jika mahu.Daun sup dan bawang goreng dimasukkan bila mahu dihidang nanti.

Jangan lupa keluarkan sup bunjut bila keluarkan ayam untuk elakkan terlebih rasa.

ayam goreng berempah
daridapur

Bila dah siap semuanya, barulah kita masak sambal resepi ayam goreng berempah istimewa ini.

Jom tengok bahan sambal penyet ini :

  • 900 gram cili merah besar
  • 100 gram cili kecil pedas
  • 500 gram tomato
  • 200 gram bawang merah
  • 100 gram ikan bilis
  • 130 gram gula melaka
  • 50 gram belacan
  • Minyak 2 senduk
Baca juga  Cara Untuk Kenalpasti Gula-Gula Himalaya Palsu

Ini kuantiti untuk 1 kg cili . Boleh bahagikan ikot sukatan yang anda mahu buat. Campuran sambal ayam penyet ini akan terasa tidak terlalu pedas.Jika anda ingin lebih pedas, kurangkan cili merah besar dan tambah cili kecil pedas ya.

Cara penyediaan sambal resepi ayam penyet ini :

#1: Panaskan kuali dan bakar terlebih dahulu belacan. Selepas itu baru lah masukkan dan panaskan minyak.Masukkan ikan bilis, gula melaka, bawang merah.Goreng hingga bawang merah layu sebelum masukkan tomato, cili besar dan cili kecil yang sudah dipotong.

Tips : Masukkan beserta tangkai cili untuk kurangkan pedas.

#2: Masak semua bahan hingga tomato menjadi lembik dan cili menjadi layu. Tutup api dan kisar bahan-bahan ini sehingga 90% hancur. Masukkan sedikit demi sedikit dalam bekas kisar.Elakkan tambah air.Kalau perlu juga , tambah air rebusan ayam sekadar untuk menggerakkan mesin

#3: Masukkan semula bahan kisar ke dalam kuali dan masukkan minyak lagi untuk menumis sambal. Guna api kecil dan tumis sambal ayam penyet sehingga pecah minyak.Sesuaikai kan rasa dengan air perahan limau kasturi, gula dan serbuk perasa.

Ok sambal ayam penyet dh siap, nasi dah , sup dah. Tinggal ayam lagi kan.Jom buat ayam goreng penyet.

Dalam bekas, masukkan 4 sudu makan  beras kisar, 2 sudu makan campuran rempah kisar tadi, 2 sudu makan serbuk kari, 1 sudu teh garam dan 1 sudu makan serbuk kunyit. Masukkan air sedikit dan kacau campuran menjadi pekat. Guna ratio ini ya.Jika cair tambahkan lg  beras kisar.

Lumurkan ayam yang direbus tadi.Panaskan minyak da goreng ayam 5 minit setiap bahagian pada api sederhana. Anda akan dapat ayam penyet yang rangup dan juicy.

Baca juga  Sushi Boleh Membuatkan Anda Sihat Dan Bijak

Jangan lupa goreng tempe , sediakan ulam dan penyetkan ayam ya. Siap untuk dihidangkan.

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *