Cari...

Kulinari

Resipi Ayam Goreng Ala KFC Untuk Hidangan Anak-anak

Kongsi
ayam goreng

Ayam goreng memang disukai ramai. Anak-anak selalunya gemar untuk pergi ke KFC untuk makan ayam kegemaran mereka. Namun, ibubapa kadang-kala bukannya sentiasa berduit untuk hari-hari pergi ke restoran KFC. Sekali makan sahaja dah berpuluh-puluh ringgit habis demi anak-anak.

Namun, disini ada cara lain untuk memikat hati anak-anak anda. Apa kata anda cuba resepi ayam goreng ala KFC ini. Rasanya rangup dan sedap betul-betul seperti masakan restoran. Malah anda tidak perlu lagi untuk berhabis wang hanya untuk makan ayam goreng idaman anda dan keluarga.

Mari kita lihat resepi dan bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan-Bahan Perap

  • Ayam setengah ekor
  • 2 Sudu besar serbuk cili (ikut citarasa masing-masing)
  • 2 Sudu besar serbuk kari
  • 10 Ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 Sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 Sudu besar lada sulah
  • 2 Sudu kecil garam
  • 1 Sudu kecil serbuk perasa 
  • 1 Sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 Sudu kecil cuka (untuk ayam juicy)

Bahan Salut:

  • 2 Biji telur
  • 1 Cawan tepung gandum
  • 1 Cawan tepung jagung
  • 1 Sudu kecil garam
  • 1 Sudu kecil serbuk cili
  • 1 Sudu kecil soda bikarbonat

Cara-caranya: 

Masukkan ayam ke dalam bekas besar dan masukkan kesemua bahan perap. Gaul rata semua bahan tersebut. Perap sekurang-kurangnya 30 minit, lagi lama anda perap lagi sedap! Setelah diperap, masukkan telur dan gaul rata. Kemudian, gaul rata kesemua bahan salut. Masukkan ayam ke dalam bahan salut dan salutkan pada keseluruhan ayam.

Panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas tau! Goreng ayam di dalam minyak yang banyak (deep fry). Setelah kekuningan, angkat ayam dan toskan.

Disini ada video cara untuk membuatnya:

Mudah kan cara pembuatannya? Lagi Resipi Ayam Goreng Berempah Yang Paling Sedap.

Baca juga  10 Makanan Yang Paling Lazat Di Dunia

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *