Cari...

Resepi

Resepi Tauhu Sambal Tempe Mudah Dan Sedap!

Kongsi

Resepi Tauhu Sambal Tempe? Bunyi macam sedap kan? Tauhu sememangnya sangat digemari oleh segelintir orang di Malaysia, terutamanya orang Jawa. Tempe dikatakan sangat berkhasiat untuk badan.

Pelbagai menu menarik berasaskan tempe boleh disediakan. Antaranya ialah bersama tauhu. Menu ini sangat mudah untuk disediakan. Jom kita lihat cara memasak tauhu sambal tempe ini.

Resepi Tauhu Sambal Tempe
Foto: cookpad.com

Resepi Tauhu Sambal Tempe

BAHAN-BAHAN:

  • 2 paket tempe | potong
  • 3 ketul tauhu | potong
  • 21/2 sudu makan cili giling
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 sudu makan air asam jawa
  • ½ sudu makan gula
  • ½ inci belacan
  • 1 biji bunga lawang
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng tempe serta tauhu yang telah dihiris. setelah itu tapis.
  2. Tinggalkan sedikit minyak di dalam gorengan tadi, tumis bunga lawang, bawang merah serta bawang putih. Bila wangi, masukkan cili giling dan  belacan, kacau hingga naik baunya.
  3. Masukkan pula air asam jawa, gula dan garam secukup rasa, kacau sehingga sedikit pekat.
  4. Masukkan tempe dan tauhu tadi, gaul sekata dan tutup api. Sedia dinikmati.

Info chef: Boleh lumur sedikit garam dan kunyit pada tempe dan tauhu sebelum digoreng untuk lebih sedap.

Mudah bukan? Tiada alasan untuk anda malas belajar memasak. Banyak menu masakan yang sangat mudah untuk anda ikuti. Sekian petikan dari rasa.my

Baca juga  Nasi Lemak Makanan Melayu Paling Digemari Di Malaysia
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *