Cari...

Kesihatan

Resdung Bukan Ulat, Punca Resdung Dan Kaedah Rawatan

Kongsi

Resdung sebenarnya bukan ulat seperti yang kita fikirkan tapi ia merupakan bakteria yang terkumpul dalam saluran hidung dan menyebabkan nya tersumbat. Maka, mekanisme bersin adalah untuk membuang bakteria yang terkumpul dalam saluran hidung.

Ramai yang menganggap bangun pagi-pagi dengan keadaan hidung yang gatal dan asyik terbersin adalah simptom biasa bagi individu yang mempunyai masalah resdung.

Namun yang sebenarnya, bukan semua bersin itu adalah resdung. Menurut Dr. Erna Nadia di laman Facebooknya, salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dikenali sebagai sinus.

Sinus adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Fungsinya tidak diketahui dengan tepat tetapi ada teori mengatakan ia adalah untuk meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam dengungan suara.

Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan bagi kuman bakteria serta bengkak dalam lapisan hidung yang boleh menyebabkan salur ini tersumbat.

Jadi, jika hidung anda tersumbat, mungkin saja bukan kerana resdung tetapi mengalami masalah sinus ini.

Bagaimana pula dengan resdung?

Resdung boleh terjadi disebabkan oleh rerambut halus atau silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, tetapi gagal untuk berfungsi.

Pada asalnya, ia adalah virus-virus yang menyebabkan selesema biasa yang menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.

Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini yang akan menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak. Oleh sebab itu, pesakit akan rasa sakit dia bahagian muka.

Baca juga  Cara Merawat Sakit Tapak Kaki Secara Berkesan Dan Mudah

Simptom resdung

1. Hidung tersumbat

2. Lendir daripada hidung dan tekak

3. Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata

4. Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang

5. Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas

6. Gejala-gejala seperti bersin, gatal hidung, hidung tersumbat dan sebagainya

Punca:

1. Susunan tulang dalaman hidung yang sempit

2. Hidung bengkok

3. Mandi dan terjun di dalam air yang kotor

4. Jangkitan gigi atas

5. Ketumbuhan di dalam hidung

6. Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas

7. Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak

Kaedah rawatan

Rawatan yang perlu dibuat adalah berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan yang bersesuaian akan disyorkan.

1. Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)

2. Ubat selesema atau anti histamine

3. Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung

4. Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Macam mana nak kawal resdung?

1. Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung dinasihatkan untuk tidak menyapu rumah tetapi gunakan vakum atau mop.

2. Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan. Setiap orang mempunyai alahan makanan yang berbeza. Ada yang tidak boleh makan makanan laut yang kaya dengan protein atau belacan, coklat, keju, kopi dan ada juga disebabkan oleh cuaca sejuk.

3. Banyakkan berehat. Baring menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan baik kerana ia dapat melegakan resdung.

4. Hirup sup atau cecair yang panas dan banyakkan minum air.

5. Lap muka dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap.

Baca juga  Khasiat Daun Lidah Buaya Untuk Menghilangkan Jerawat Dan Parut Muka

6. Jangan guna semburan hidung dekongestan yang sudah lebih daripada 7 hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk.

7. Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi.

8. Guna ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan.

9. Berbincanglah dengan doktor sebelum ambil ubat demam sebab sesetengahnya boleh memburukkan lagi gejala resdung.

Tak perlu pergi berubat kampung letak asap dekat hidung sebab sebenarnya ianya bukan ulat tapi hanya kotoran yang sudah lama terkumpul dalam rongga sinus.Diingatkan lagi, jangan beli sebarang ubat di kedai-kedai jamu kerana kebanyakannya mengandungi steroid dan ia berbahaya kepada tubuh badan jika terlebih dos.

Paling penting adalah dengan hanya mengawal pemakanan kita. Berubatlah macam mana sekali pun, kalau memang sudah ada alahan kepada makanan tertentu dan tidak jaga dengan baik, maka penyakit itu akan datang menyerang lagi.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *