Cari...

Berita Info Menarik

Rantai Mengandungi Minyak Kayu Putih Boleh Bunuh Covid-19

Kongsi

Rantai aromaterapi dari Indonesia ini mengandungi eucalyptus (minyak kayu putih), dikatakan ia boleh menghalang daripada Covid-19 terus merebak, dakwa Menteri Pertanian Indonesia Syahrul Yasin Limpo pada Jumaat lepas (10 Julai).

Katanya aksesori barang kemas itu telah ‘membunuh’ hampir setengah (42%) virus itu jika dipakai selama 15 minit. Kalau pakai dalam setengah jam, rantai tersebut ada potensi bunuh 80% virus. Lapor South China Morning Post.

Ia ‘dicipta’ oleh Agensi Penyelidikan dan Pembangunan Kesihatan (Balitbangtan) dan diharapkan akan dihasilkan pada skala besar mulai bulan depan.

Pengguna harus memakai rantai itu seperti pakai tag nama kerana ia mengandungi serbuk kayu putih agar pengguna dapat menghidunya.

Kami dah uji 20 pekerja dari Kementerian Pertanian yang positif Covid-19. Setelah mereka setelah menyedut dan dirawat [dengan produk] itu. Ia membantu memudahkan pernafasan mereka ” Ketua Balitbangtan, Fadjry Djufry.

The Jakarta Post.

Namun, para saintis agak ragu-ragu mengenai penemuan baru ini dan orang Indonesia telah tampil  memperingatkan bahawa negara mereka akan berisiko dikenali sebagai ‘bahan lawak’ jika mereka meneruskan menghasilkan produk ini.

Bagaimanapun, ini bukanlah pertama kalinya Indonesia membuat tuntutan berani mengenai virus tersebut.

Sebelum ini, sebilangan orang Indonesia Menteri Kesihatan mereka, Terawan Agus Putranto, mendakwa kekuatan doa menjadikan jangkitan Coronavirus rendah di negara mereka.

Sehingga sekarang, Indonesia adalah negara tertinggu di ASEAN mencatatkan angka 75.699 kes positif dan 3.606 kematian akibat Covid-19.

Bagaimanapun Terawan menyatakan bahawa dia belum mengetahui perincian mengenai rantai itu. Lapor Kompas.

Walaubagaimanapun, bagi bukti saintifik sama ada rantai itu benar-benar mujarab atau tidak, seorang pensyarah di Jabatan Biologi Universiti Pertanian Bogor (IPB) yang dikenali sebagai Berry Juilandi, mengatakan bahawa walaupun komponen 1.8-cineole Eucalyptol yang berasal dari daun kayu putih mempunyai sifat antimikroba, tidak ada penyelidikan klinikal yang membuktikan bahawa unsur-unsur ini dapat membunuh SARS-CoV-2 di dalam sistem pernafasan.

Baca juga  Anak Yang Bijak Sebenarnya Genetik Dari Ibunya-Kajian

Sumber: Lobakmerah

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *