Cari...

Info Menarik unik

Rambut Bertukar Warna Mengikut Keadaan Cuaca Dengan Pewarna Ini

Kongsi

Rambut bertukar warna mengikut keadaan cuaca memang sangat menarik, lebih-lebih lagi wanita yang suka mewarnakan rambutnya. Fesyen rambut sekarang sudah terlalu ekstrim sehingga pengeluar pewarna rambut ini mempunyai idea untuk membuat rambut anda boleh bertukar jika terdedah dengan cahaya matahari.

Selalunya kita melihat cermin mata yang boleh berubah menjadi gelap secara beransur-ansur apabila terdedah kepada sinar ultraviolet, kan? 

Bayangkan jika warna rambut kita boleh berubah dalam sekejap-sekejap, ketika di luar rambut kita berwarna merah terang, tetapi warna tiba-tiba berubah menjadi lebih gelap apabila kita memasuki bilik. Bukankah itu unik? Tidak perlu sihir untuk membuatnya berlaku, kerana ia kelihatan seperti kita boleh mengubah warna rambut kita dengan pewarna ini.

Memetik portal Metro.uk, pengasas syarikat The Unseen, Lauren Bowker mencipta sejenis pewarna rambut yang boleh mengubah warna rambut mengikut suasana persekitaran.

Foto: IG theunseenalchemist

Rambut Bertukar Warna

Pewarna itu dinamakan ‘FIRE’ dan ia akan mengubah warna rambut dari merah terang kepada warna hitam bergantung pada suhu sekeliling.

Perubahan warna ini adalah mungkin kerana molekul berasaskan karbon dalam pewarna rambut “FIRE” akan mengubah penyerapan cahaya sebagai perubahan suhu, yang akan menghasilkan warna yang berbeza.

Jadi, sekiranya suhu di pejabat anda betul-betul dingin, rambut anda akan menjadi hitam. Keluar sahaja dari pejabat, rambut anda akan berubah menjadi warna kemerahan. Ini bermakna anda boleh pergi PARTI! 

Pewarna rambut itu boleh didapati dalam pelbagai warna dari merah terang, hinggalah ke warna lebih lembut. Dakwat ‘thermochromic’ yang terkandung dalam pewarna berkenaan menyebabkan warna rambut boleh berubah mengikut keadaan cuaca. Namun, pewarna itu hanya bersifat sementara sahaja dan ia akan hilang selepas beberapa kali cucian.

Baca juga  Cara Menolak Cinta Seseorang Dengan Bijak!

Mari lihat video perubahan warna rambut ini:

Youtube
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *