Cari...

Gaya Hidup Hubungan

Ramai Wanita Idamkan Lelaki Tinggi, Ini Sebabnya

Kongsi

Memiliki pasangan yang lebih tinggi sudah pasti menjadi idaman setiap wanita. Tidak pasti mengapa ketinggian menjadi salah satu faktor tarikan, tetapi ramai di antara mereka beranggapan bahawa lelaki tinggi itu nampak lebih tampan dan bergaya

Malah lelaki bertubuh tinggi turut memberi gambaran personaliti yang ada dalam diri mereka sehingga lelaki sebegini mampu menenggelamkan kehebatan lelaki bertubuh rendah.

Antara sebab mengapa lelaki bertubuh tinggi ini menjadi idaman wanita ialah

Foto: Pesona Pengantin

1. Wanita rasa selamat dan dilindungi

Tidak dinafikan berjalan dengan lelaki tinggi membuatkan wanita rasa lebih dilindungi, selamat dan menyenangkan. Wanita menganggap lelaki bertubuh tinggi boleh memberi perlindungan dan hero kepadanya jika terjadi sesuatu perkara, malah wanita juga akan berasa relaks apabila berada di sebelah lelaki yang bertubuh tinggi.

2. Nampak lebih gagah

Wanita merasakan selamat berada di samping lelaki yang lebih tinggi kerana dari mata kasar wanita, lelaki berfizikal sebegini kelihatan lebih gagah dan maskulin berbanding lelaki bertubuh rendah. Disebabkan itulah lelaki lebih tinggi menjadi pilihan ramai wanita.

3. Seronok dipeluk

Wanita memerlukan perhatian serta belaian seperti pelukan, sentuhan dan ciuman daripada lelaki yang disayanginya. Ketiga-tiga perkara ini membuatkan wanita rasa nikmat apabila berada bersama lelaki berpostur tinggi. Malah lelaki yang lebih tinggi daripada wanita tidak dinafikan best untuk dipeluk, apatah lagi saat wanita menekapkan kepalanya pada dada lelaki. Sentuhan hangat itu membuatkan wanita rasa selesa kerana dimanjakan.

4. Nampak lebih bergaya

Ketinggian seorang lelaki secara tidak langsung membuatkan lelaki tampak lebih menarik di mata wanita. Mungkin wajahnya kurang hensem namun disebabkan ketinggian yang dimilikinya itu memberi bonus buat lelaki tampak lebih bergaya. Malah lelaki sebegini juga sesuai mengenakan pelbagai pakaian.

Baca juga  Rahsia Bonda Rozita Kekal Awet Muda Ialah Sering Belai Janggut Suami

5. Mudah menjadi perhatian wanita

Jika anda perasan, ramai rakyat Malaysia sendiri sangat meminati lelaki Korea. Ini kerana faktor ketinggian dan juga ketampanan mereka. Jika anda dari kalangan lelaki yang bertubuh lebih rendah, jangan pula kecewa. Ada saja wanita yang sukakan anda kerana ukuran comel anda itu.

6. Miliki keyakinan tinggi, berwibawa dan lebih dominan

Mereka dikatakan mempunyai keyakinan yang tinggi, berwibawa dan percaya pada dirinya. Malah lelaki sebegini juga dikatakan miliki peluang karier dan kepimpinan yang lebih baik.

Walaupun di sini menceritakan tentang keistimewaan lelaki bertubuh tinggi, anda yang memiliki tubuh badan yang rendah janganlah pula rasa rendah diri. Ramai wanita yang lebih selesa dengan lelaki bertubuh rendah kerana menganggapnya comel. Sekian petikan dari pesonapengantin.my

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *