Cari...

Gaya Hidup

Rahsia Dalam Bilik Tidur Harus Dijaga Supaya Tidak Di Masuki Orang

Kongsi
rahsia

Bilik tidur setiap pasangan suami isteri ada rahsia nya tersendiri, banyak barangan peribadi yang sebenarnya tidak patut untuk dilihat oleh orang luar. Hal ini kerana semua barangan didalam bilik tidur mengandungi nilai sentimentel sesebuah pasangan. Oleh itu, kita hendaklah hormati setiap privacy pasangan suami isteri itu.

Apakah rahsia peribadi dalam bilik tidur suami isteri itu?

Secara amnya, bilik tidur itu adalah tempat istirehat bagi pasangan suami isteri selepas penat bekerja seharian. Maka, suasana yang tenang dan aman sangat diperlukan oleh pasangan suami isteri untuk bertukar pendapat, berbincang mengenai isu semasa, solat, mengaji dan sebagainya.

Malah, pakar perunding keluarga Dr Fadzilah Kamsah pernah berpesan bahawa bilik tidur suami isteri adalah kawasan larangan atau No Entry.

Orang yang dibenarkan untuk masuk dalam bilik tidur adalah pasangan suami isteri sahaja kerana semua aktiviti intim berlaku di dalam bilik tidur. Saat intim sangat berharga bagi pasangan bahagia dan jika di ganggu sangatlah tidak di sukai.

rahsia
Foto: ms.decorexpro.com

Apabila ada tetamu datang ke rumah, mereka boleh menggunakan bilik tetamu atau bilik anak. Sekiranya suami tidak faham tentang ini, isteri boleh membawanya berjumpa pegawai kaunseling atau pejabat agama. Malah haram hukumnya masuk ke dalam bilik tuan rumah dan tak boleh masuk sesuka hati ke mana-mana bahagian dalam rumah tersebut tanpa keizinan.

Lebih-lebih lagi di bilik tidur kerana terdapat pakaian milik isteri yang tak sepatutnya diperlihatkan oleh orang luar. Walaupun keluarga, saudara atau mertua sekalipun. Hal ini kerana, bilik tidur yang selalu dicerobohi orang luar lama-kelamaan akan hilang serinya kerana tiada lagi privasi antara suami dan isteri berkenaan. Kewajipan menjaga bilik tidur bukan tanggungjawab isteri sahaja, malah suami pun harus mengambil berat tentang hal ini.

Baca juga  Tidur Dengan Lampu Terbuka Punca Badan Anda Jadi Gemuk
rahsia
Foto: hasrulhassan.com

Tips penjagaan bilik tidur

  • Pastikan tiada sampah bertebaran atas lantai atau sarang lelabah di atas siling bilik.
  • Cadar bertukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Elakkan bilik berbau busuk
  • Guna alat aroma terapi bagi mengurangkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya bauan lavender atau bunga rose.
  • Bantal dan sarung bantal hendaklah sentiasa bersih dan kemas.
  • Sentiasa buang debu di bahagian tingkap bilik untuk elak sakit.
  • Bersihkan tahi cicak di celah tingkap atau dinding.
  • Basuh langsir dan tukar yang baru jika kelihatan berdebu
  • Jangan biarkan kain baju di belakang pintu atau merata tempat dalam bilik tidur.
  • Susun dan lipat kemas baju dalam almari.
  • Kemaskan meja solek.
  • Lap cermin meja solek jika perlu
  • Cuci bilik air supaya bau yang kurang menyenangkan tidak meresap masuk ke dalam kamar tidur.
  • Jemur permaidani bilik tidur.
  • Enam bulan sekali tukar kedudukan perabot dalam bilik tidur.
  • Kedudukan ruang solat tidak menghadap pintu bilik air.
  • Jadikan kebiasaan bahawa bilik tidur adalah tempat rahsia dan larangan orang yang tidak berkenaan.

Isteri harus mengambil berat tentang kebersihan bilik tidur ini kerana si suami jarang sekali menegur isteri kerana takut tersinggung atau kecik hati. Jadi, pandai-pandailah berkemas dan jangan biarkan bilik tidur berselerak. Jika keadaan bilik sentiasa kemas dan teratur, tambahan lagi dengan wangian, ia memberikan lagi rasa cinta suami kepada isteri.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *