Cari...

Gaya Hidup

Rabun Jauh Kerana Selalu Menatap Telefon Pintar Sejak Usia Setahun

Kongsi

Budak ini rabun jauh kerana selalu menatap skrin telefon pintar sejak kecil lagi. Dalam usianya setahun, ibunya sering memberi nya untuk melihat skrin telefon supaya dia mudah dijaga dan ralit dengan video-video yang disampaikan.

Seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Xiao Man berusia dua tahun dari Jiangsu, China, disahkah mengalami rabun jauh. Difahamkan, ketika Xiao Man berusia setahun, ibu bapanya tidak tegas dan selalu membenarkan dia menggunakan telefon bimbit sepanjang masa.

Rabun Jauh
Foto: tribunnews

Bagi ibu bapanya, Xiao Man lebih diam dan tenang apabila diberi menggunakan telefon bimbit membuatkan mereka sentiasa memberinya telefon bimbit sepanjang masa.

Rabun Jauh

Selepas setahun kemudian, keadaan Xiao Man mula berubah sedikit dan keluarganya menyangka perubahan itu cuma kesan dari kekerapan menggunakan telefon bimbit dan tidak mengambil endah mengenainya.

Sehinggalah satu hari, Xiao Man dibawa ibu bapanya untuk menjalani pemeriksaan mata dan alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati anak perempuan mereka itu mengalami rabun jauh, 900 degree.

Doktor di hospital berkata, Xiao Man terlalu muda diberi menggunakan alat peranti elektronik dan kekerapan penggunaan itu telah merosakkan matanya. Keadaan itu akan bertambah teruk apabila Xiao Man meningkat dewasa.

Justeru, doktor menasihatkan kanak-kanak di bawah usia tiga tahun tidak diberi menggunakan telefon bimbit. Sementara golongan kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun hanya diberi menggunakan telefon bimbit selama 30 minit setiap hari.

Tambahnya lagi, ibu bapa boleh mengesan simptom-simptom ketagihan anak pada telefon bimbit dengan melakukan pemeriksaan mata mereka. Ini termasuk anak-anak sering mengosok mata, kerap mengerlip mata, muka berkerut bagai.

Sumber: China Times

Baca juga  Pelancaran Huawei Maimang 8 Di China Kirin 710
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *