Cari...

Kesihatan

Punca Senang Digigit Nyamuk Berbanding Orang Lain

Kongsi

Tahukah anda punca anda senang digigit nyamuk berbanding orang lain? Tentu anda sering tertanya-tanya, bukan? Ada beberapa sebab anda senang dihinggapi oleh nyamuk. Salah satunya, badan anda banyak mengandungi karbon dioksida. Karbon dioksida mampu memanggil nyamuk kerana nyamuk sangat tertarik dengan karbon dioksida.

Siapa diantara anda yang sering menjadi mangsa gigitan nyamuk? Kadang-kadang tu, anda seorang je jadi mangsa, orang lain tak kena gigit pun. Orang selalu cakap, jika anda selalu digigit nyamuk tandanya darah anda manis. Itu mitos semata-mata. Ini sebenarnya punca anda kerap digigit nyamuk.

Menurut theconversation.com, kebanyakan nyamuk memiliki sifat oportunis dalam perilaku makannya. Maksudnya, mereka makan ketika keadaannya memungkinkan bagi mereka dan sumbernya bisa berbagai macam. Namun, dua spesies nyamuk–Aedes aegypti dan Anopheles gambiae–bergantung pada darah manusia dan terkenal sebagai nyamuk yang menularkan penyakit kepada manusia. Ae. aegypti telah bertanggungjawab atas penularan penyakit zika dan demam berdarah, sedangkan An. gambiae membawa parasit yang menyebabkan malaria.

Punca Anda Senang Digigit Nyamuk
Foto: winnetnews.com

Punca Senang Digigit Nyamuk

BADAN MENGANDUNGI BANYAK KARBON DIOKSIDA

Manusia yang memiliki tubuh besar atau mengandung akan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dan secara tidak langsung ia menjadi pilihan gigitan serangga. Kajian menunjukkan nyamuk tertarik oleh karbon dioksida yang dikeluarkan manusia dari proses pernapasan, baru kemudian tertarik pada bau kulit melalaui petikan dari laman health.detik.com.

Karbon dioksida dan bau kulit yang dihasilkan manusia menjadi isyarat penting bagi nyamuk betina untuk memburu darah manusia melalui gigitan dan menyebarkan penyakit seperti malaria, demam berdarah dan demam kuning.

SUHU BADAN YANG LEBIH TINGGI BERBANDING YANG LAIN

Mereka yang bertubuh besar dan wanita mengandung kebiasaannya mempunyai suhu badan tinggi, selain itu, orang yang baru lepas melakukan senaman juga akan memiliki suhu badan tinggi berbanding normal.

Baca juga  Cara Menyembuhkan Sakit Gigi Dengan Pantas Dan Mudah

JENIS DARAH MENJADI FAKTOR ANDA DIGIGIT

Kajian menyatakan darah jenis O lebih digemari oleh nyamuk berbanding darah jenis A. Walaupun begitu, tiada kajian lanjut tentang perkara ini.

KOMPOSISI MIKROB PADA KULIT ANDA

Kita semua mempunyai flora mikrob yang unik dan cantik yang hidup di kulit kita. Malah, kita mempunyai lebih banyak mikrob pada kulit kita berbanding sel-sel kulit yang sebenarnya. Dan komposisi unik mikrob anda mempengaruhi berapa nyamuk yang mahu menggigit anda.

AKTIF BERSUKAN

Senaman meningkatkan jumlah asid laktik yang dirembeskan oleh kulit anda, serta meningkatkan suhu tubuh. Untuk nyamuk, ini adalah makanan yang lazat.

Ternyata, ada penjelasan ilmiah mengapa ada orang yang lebih menggoda untuk dijadikan mangsa bagi nyamuk. Ini terutama ada hubungannya dengan komponen darah dan aroma yang dikeluarkan tubuh seseorang.

Sumber: Sinar

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *