Cari...

Gaya Hidup

Potensi Untuk Berjaya Dengan Minum Kopi Setiap Hari

Kongsi

Tahukah anda, kopi memberi potensi anda untuk berjaya? Kopi termasuk minuman yang digemari oleh lelaki dan wanita. Minuman yang kononnya boleh mengurangkan rasa mengantuk ini sangat umum di masyarakat Malaysia termasuklah pelajar. Setiap pagi ramai yang memilih untuk memulakan hari dengan secawan kopi.

Boleh dikatakan kopi merupakan minuman wajib setiap hari. Bagi mereka yang bekerja di pejabat, pasti kopi menjadi pilihan dan sentiasa menjadi peneman. Khasiat kopi sebenarnya banyak. Ia dipenuhi dengan antioksida dan nutrisi-nutrisi bermanfaat yang boleh meningkatkan tahap kesihatan.

Potensi Untuk Berjaya
Foto: IDN TImes

Bagi pencinta kopi, minum kopi mampu memberikan semangat untuk memulakan hari yang lebih baik.

Terdapat banyak faedah untuk kopi, sama ada kopi hitam untuk kesihatan atau hijau untuk kecantikan. Berikut adalah kesan-kesan minum kopi untuk kesihatan:

  • Memperbaiki fungsi otak dan meningkatkan mood.
  • Merangsang fungsi saraf dan meningkatkan tenaga.
  • Melegakan sakit kepala.
  • Pencegahan penyakit parkinson dan alzheimer.
  • Mengurangkan risiko kencing manis jenis II.

Bukan sahaja untuk kesihatan, kopi mempunyai fungsi untuk kecantikan, termasuk:

  • Mengetatkan kulit dan menghilangkan mata panda.
  • Mengekalkan kesuburan rambut.
  • Mengangkat sel kulit mati.
  • Makanan tambahan.
Potensi Untuk Berjaya
Foto: fakta.news

Potensi Untuk Berjaya

Lebih menarik, penggemar kopi mempunyai potensi untuk menjadi orang yang berjaya. Nak tahu kenapa?

1. MEREKA YANG MINUM KOPI LEBIH SIHAT

Secara umum, kopi hitam mempunyai kesan yang membuat kita mengantuk, oleh itu ramai orang mengambil minuman ini pada waktu malam atau pagi. Kopi mampu menghalang atau melawan banyak penyakit, seperti Alzheimer, diabetes, atau penyakit kardiovaskular. Peminum kopi mempunyai potensi kecil untuk menghidap Parkinson.

2. MEREKA YANG MINUM KOPI LEBIH BIJAK

Kafein pada kopi menghalang adenosin di dalam otak. Adenosin adalah kompaun yang boleh menghalang prestasi otak. Jadi kopi boleh meningkatkan prestasi otak. Selain itu, kopi mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan kita.

Baca juga  Cara Untuk Mengawal Nafsu Daripada Terus Membara

3. MEREKA YANG MINUM KOPI LEBIH AKTIF

Mereka yang minum kopi tidak mudah penat dan mereka lebih aktif secara fizikal. Mereka tidak ada masalah dalam melakukan aktiviti fizikal. Pada masa yang sama, kafein meningkatkan kadar Epinephrine (Adrenaline) di dalam badan. Ianya merupakan hormon yang memainkan peranan semasa pergerakan badan yang intensif.

Kafein akan membuatkan sel lemak membakar lemak, membekalkannya kepada darah sebagai fatty acid, dan dihantar ke sel badan. Secara kasar, kafein boleh meningkatkan prestasi fizikal seseorang sebanyak 11-12 peratus. Oleh sebab itu, wajarlah anda meminum kopi setengah jam sebelum memulaka kerja yang berat.

4. MEREKA YANG MINUM KOPI LEBIH BAHAGIA

Kafein mampu mengurangkan tekanan dan mencegah kemurungan. Minum kopi yang kaya antioksidan juga mampu menjaga stamina, semangat dan mood kamu lebih baik.

5. MEREKA YANG MINUM KOPI HIDUP LEBIH LAMA

Kopi mempunyai banyak antioksidan yang membantu mencegah penyakit jantung. Antioksida dikenal pasti dapat mencegah penyakit, menguatkan imun tubuh dan menjadikan kulit awet muda.

6. MEREKA YANG MINUM KOPI BEKERJA LEBIH CEPAT

Minum kopi setiap pagi boleh menghilangkan rasa mengantuk dan membuatkan seseorang dengan bekerja lebih cepat.

7. MEREKA YANG MINUM KOPI MAMPU JANA PENDAPATAN TINGGI

Disebabkan mereka yang minum kopi lebih aktif dan lebih bersedia bekerja serta lebih fokus dan mempunyai mood yang stabil, mereka mempunyai potensi untuk berjaya dan menjana pendapatan tinggi.

Namun, minum kopi juga ada bahayanya. Cuba lihat laman ini tentang Kopi Penyebab Sakit Jantung Menurut Beberapa Kajian.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *