Cari...

Kesihatan Pertanian

Pokok Pecah Belimbing Merupakan Anti Kanser

Kongsi

Barah adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan ketidak seimbangan replikasi dan tindak balas sel dalam badan. Biasanya, sel ini akan bertambah (replikasi) mengikut aturannya bagi membolehkan tumbesaran badan dan pemulihan selepas berlakunya kecederaan. Namun ada kalanya sel ini bertambah secara tidak normal menyebabkan berlakunya ketumbuhan tidak normal atau juga dikenali sebagai tumor.

Pokok pecah beling atau nama saintifiknya strobilanthes crispus berasal dari wilayah Madagascar hingga ke Indonesia. Ia dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson sebagai satu bahan kajian.

Pokok herba ini sudah lama digunakan di Asia sebagai bahan ubat tradisional untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan.

Ia hidup subur di tepi-tepi sungai yang lembab dan padang terbiar. Mempunyai pelbagai nama mengikut lokasi seperti pecah beling, pecah kaca, enyoh kilo, kecibeling, pokok batu karang, remek dan sebagainya. Dalam bahasa Cina pula dipanggil ‘hei mian jiang jun‘.

Pokok pecah beling mempunyai ketinggian lebih kurang satu hingga dua meter dan bercabang banyak.

Daunnya berwarna hijau muda ke hijau tua dan agak keras, berbunyi nyaring jika digosok atau direnyuk. Ia mempunyai bunga seperti loceng saiz kecil berwarna kuning tetapi sangat jarang berbunga.

Hasil kajian mendapati, tumbuhan ini berfungsi sebagai anti kanser.

Melalui kajian kes pembenihan in-vitro dan in-vevo didapati bahawa pokok pecah beling melalui ekstraknya dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti sel kanser kolon, sel kanser hati dan sel kanser payu darah.

Ia mampu menghapuskan kanser secara semula jadi tanpa kesan sampingan yang dialami oleh penghidapnya.

Cara menggunakan pokok herba pecah beling:

1) Ambil lima hingga tujuh helai daun.

2) Cuci bersih dan toskan.

Baca juga  Jadikan Pokok Mulberry Anda Berbuah Lebat

3) Masukkan dalam bekas untuk memasak dan tambah 500 ml air bersih.

4) Masak hingga air menjadi 200 ml. Tapis air dan daun pecah beling serta sejukkan.

5) Minum segelas pada waktu pagi dan setiap hari hingga penyakit beransur sembuh.

Semoga bahan bacaan ini bermanfaat kepada anda dan anda mampu mencegah kanser dari awal dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *