Cari...

Gaya Hidup Tips Menarik

Pilih Perkara Yang Korang Suka Dalam 14 Hari Di Rumah

Kongsi

Sekarang musim wabak virus corona memang banyak menyekat kita untuk pergi ke mana-mana. Walau apa pun bahayanya tetap juga sama jika anda tidak mematuhi langkah keselamatan untuk mengurangkan risiko jangkitan virus. Namun, sekarang kita bukan bincang berkenaan wabak ini, tapi apa yang boleh kita lakukan selama 14 hari berkurung di rumah.

Kebanyakkan lelaki paling tidak suka berkurung di rumah kerana bagi mereka adalah lebih senang jika berjumpa dengan kawan-kawan. Namun, kerajaan telah memerintahkan supaya anda mengurangkan interaksi selama 14 hari supaya wabak ini boleh di hentikan 100%.

Anda boleh pilih perkara yang anda suka untuk buat dirumah selama 14 hari.

Mungkin anda boleh jadi penyelamat kepada bangsa manusia kan? Adakah anda ingin manusia pupus? Sudah tentu tidak. Sebab itu kita sebagai khalifah di muka bumi ini harus memakmurkan bumi kita dalam 14 hari ini. Apa yang anda boleh lakukan ialah:

1.Menanam Pokok Bunga Di Halaman Rumah

Berkebun juga bermanfaat sebagai ganti riadah kerana ia juga mengeluarkan peluh. Di samping membersihkan kawasan rumah, ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan apabila aktiviti seperti menyiram pokok dan memetik hasil tanaman dilakukan bersama suami dan anak.

Menariknya hobi ini kerana kita dapat nikmati hasilnya dan berkongsi rezeki dengan jiran tetangga. Mana tahu anda boleh buat nursery sendiri dan boleh menjual bunga yang cantik-cantik kan?

2.Bermain permainan “indoor game”

Bermain indoor game juga mampu mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga di samping kita boleh bergurau senda. Antara mainan indoor game yang selalu kita main dahulu adalah seperti SAHIBA, CARROM, MONOPOLY, BATU SEREMBAN, CONGKAK dan banyak lagi yang anda boleh fikir.

Baca juga  Janda Lebih Menggoda Berbanding Gadis Dara

Bukan apa, selalu kita bermain permainan online, mana ada kita tengok pihak lawan kita depan-depan kan? Kalau depan-depan main baru lebih rancak. Cuba kau maki dia depan-depan kalau nak dapat penyepak? hahahaha…

Selain itu, anak-anak kecil juga bagus bermain lego, atau melukis. Anda boleh buat video youtube dan tunjukkan kepada kawan-kawan apa yang korang buat di rumah.

3.Menonton Movie Berlarutan

Kalau kaki movie nie, memang menonton filem menjadi pilihan utama. Ini memang masa sesuai anda untuk menonton filem yang mempunyai banyak episode. Tapi, jangan lupa tanggungjawab anda. Jangan pulak anda menonton sampai tak ingat orang sekeliling sampai keropok berterabur, makanan bersepah. Kan? Ade ke orang tengok movie macam tu? Memang ada.. tu yang tengah baca ni. Tapi tak nak mengaku.

4.Bersenam Di Rumah

Ada juga orang yang suka mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam di rumah. Mana tak nya, sekarang wabak penyakit, mesti nak kena tingkatkan imun badan kan? Jadi senaman apakah yang anda pilih untuk di rumah selama 14 hari? Adakah anda mampu kurangkan berat badan selama 14 hari atau kempiskan perut buncit anda?

Lakukan riadah bersama keluarga seperti senam aerobik dengan lagu rancak. Boleh jadi anda akan terhibur bersama-sama bila tengok makcik-makcik korang aerobik dengan bersungguh-sungguh.

5.Puzzle! Time…

Melatih otak kreatif, kognitif dan menyelesaikan masalah dengan teka-teki yang baik. Anda boleh menggunakan pelbagai membeli-belah atau mempunyai anak-anak sendiri. Mahukah anak anda melukis gambar pada papan kekunci yang kukuh atau papan Bristol. Kemudian gunakan pensel untuk menggariskan kepingan teka-teki terus pada lukisan mereka.

Potong kepingan dengan gunting yang baik, campurkan dan dapatkan penyelesaian. Permainan dalaman dan kerajinan dalam satu aktiviti yang menyeronokkan!

Baca juga  Pesanan Terakhir Mr Steve Jobs, Pengasas Apple (iPhone, iPad, iPod)

6.Main sorok-sorok

Hah! Ini permainan yang paling di sukai oleh kanak-kanak. Siapa yang tak pernah main sorok-sorok? Tipu kalau tak pernah kan? Permainan Sorok-sorok merupakan sejenis permainan yang menyeronokkan. Ada tempat yang memanggilnya Permainan Aci Nyorok, Aci Pekok atau Main Sembunyi Ibu.

Ada juga tempat yang menamakannya Main Induk dan mungkin ada lagi nama-nama lain bagi permainan ini. Walaupun pelbagai nama digunakan, cara bermain permainan ini adalah hampir sama. Permainan ini menguji kecekapan pencari mencari pemain-pemain yang sedang bersembunyi. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki dan perempuan bermain permainan ini pada masa lapang, terutamanya pada waktu petang.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *