Cari...

Info Menarik

Pilih Kucing Berbanding Suami Sehingga Bercerai

Kongsi

Pilih kucing berbanding suami suatu perkara yang sangat mengejutkan. Kisah wanita sememangnya unik kerana dia sanggup memilih haiwan peliharaannya daripada memilih untuk hidup dengan suaminya. Kelly Cruse yang berusia 33 tahun memiliki bukan dua atau tiga ekor kucing, malah 35 ekor kesemuanya.

Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil daripada subspesis Felis silvestris catus. Ia ialah keturunan kucing liarAfrika, Felis silvestris lybica dan barangkali telah dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini, kucing merupakan salah satu binatang belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Pilih Kucing Berbanding Suami

Beliau mengakui dia tidak bahagia dengan perkahwinannya. Sampai satu tahap, suaminya memberi pilihan sama ada kucing atau dirinya. Ternyata jawapannya ialah, Kelly lebih bahagia dengan kesemua haiwan peliharaannya. Dan akhirnya mereka berpisah dan bercerai. Kucing sememangnya merupakan terapi dan sahabat yang terbaik bagi seseorang. 

Pilih Kucing Berbanding Suami
Foto: The Sun

Bukan itu sahaja, Kelly turut memiliki lima ekor anjing dan mengakui kesemua anjingnya ‘bergaul’ dan berkawan baik dengan kucing-kucingnya. Sama saja dengan cerita lainnya dimana wanita ini sanggup berkahwin dengan kucingnya.

Kelly tidak kisah berbelanja untuk semua ‘anak-anaknya’ dan mendedahkan menghabiskan wang 15,000 pound sterling (bersamaan hampir RM100 Ribu). Ia digunakan untuk merawat, insuran dan makanan kesemua kucing-kucingnya. Sekian petikan dari laman The Sun.

Baca juga  Mata Ketumbit Sering Berlaku Jika Saluran Kelenjar Tersumbat
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *