Cari...

Gaya Hidup

Pihak Perhilitan Merampas Babi Hutan Yang Dijadikan Haiwan Peliharaan

Kongsi

Pernahkah anda melihat orang membela babi sebagai haiwan peliharaan? Memang pernah bukan? Kebanyakkan kita lihat trend ini bermula dari negara barat.

Gara-gara membela seekor anak babi hutan di kawasan taman perumahan, seorang penduduk Taman Nusantara di Gelang Patah mendapat aduan penduduk sekitar.

Akibatnya haiwan peliharaannya itu dirampas oleh pihak berkuasa, petik laporan Sinar Harian. 

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor merampas haiwan itu  dan didapati ia jadikan haiwan kesayangan. 

“Hasil pemeriksaan mendapati anak babi tersebut telah dipelihara sejak lapan bulan yang lalu sebagai haiwan kesayangan,” kata pengarah Salman Saaban.

babi hutan
Gambar hiasan: https://beritamyon9.blogspot.com

Katanya lagi, haiwan tersebut dijadikan binatang kesayangan tidak sesuai kerana boleh menganggu keselesaan jiran, bahkan mengancam orang ramai.

Siasatan dibuat mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 atas kesalahan menyimpan spesies hidupan liar tanpa lesen yang sah.

Jika sabit bawah Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, boleh didenda tidak lebih RM50,000, dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca juga  Tidur Dengan Lampu Terbuka Punca Badan Anda Jadi Gemuk
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *