Cari...

Kesihatan

Petua Tradisional Hilangkan Panau Dengan Mudah

Kongsi

Ada segelintir orang mengatakan jangan mandi jika badan atau muka masih berpeluh takut nanti akan tumbuh panau. Sejauh mana kebenaran tentang perkara tersebut?  Panau adalah sejenis jangkitan yang muncul akibat dari pembiakan kulat pada bahagian kulit seperti tompokan putih yang berada diluar lapisan kulit anda.

allergygate.com

Jika dibiarkan tanpa melakukan sebarang rawatan, tompokkan putih itu akan menjadi semakin besar dan boleh bercantum dan mencacatkan kulit muka ataupun di bahagian badan. Tahukah anda, ada petua tradisional yang boleh mengurangkan kesan panau dan sangat berkesan serta selamat digunakan dibahagian kulit tanpa mempunyai kesan sampingan.

1. Lengkuas

fotolia.com

Penggunaan lengkuas yang merupakan bahan semulajadi yang tidak dinafikan lagi kesannya bagi menghilangkan kesan panau. Hanya perlukan beberapa ulas lengkuas, kemudian bersihkan terebih dulu dan tumbuk sehingga  halus. Selepas itu, anda hanyaperlu perahkan air dari lengkuas ke kawasan yang terkena panau. Lakukan rutin tersebut setiap hari sehingga kesan panau hilang sepenuhnya.

2. Bawang putih dan halia

webmd.com

Bawang putih dan juga halia merupakan bahan yang selalu kita jumpa didapur. Malahan 2 bahan ini sangat berkesan. Tumbuk beberapa ulas bawang putih dengan halia. Setelah betul-betul hancur sapuan saja di bahagian kulit yang mempunyai panau. Kesannya sama seperti lengkuas. Ia perlu diamalkan selalu sehingga panau hilang dengan jayanya.

3. Daun belimbing dan daun pinang

boombastis.com

Bagi merawat panau, kedua-dua daun belimbing dan juga daun pinang ini sangat mujarab serta mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Hanya tumbukkan beberapa helai daun pinang sehingga lumat, kemudian sapukan pada bahagian yang berpanau. Biarkan kering seketika dan bilas sehingga bersih.

impiana.my

Lain pula bagi daun belimbing. Ambil beberapa helai dan campurkan sedikit berat dan juga asam jawa. Tumbuk sehingga betul-betul lumat. Tampalkan saja di bahagian yang terkena panau. Biarkan sehingga kering dan bilas sehingga bersih. Lakukan rutin ini setiap hari sehingga kesan panau menghilang.

Baca juga  Khasiat Grass Jelly atau Cincau Untuk Kesihatan

Semoga apa yang telah dikongsikan di atas dapat membantu serba sedikit bagi menghilangkan kesan panau hanya dengan menggunakan bahan semulajadi sahaja. Elakkan dari berkongsi tuala dengan orang lain. Itu adalah salah satu punca terjadinya panau. Panas seharusnya dirawat dengan segera agar tidak merebak di bahagian kulit yang lain. Selamat mencuba.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *