Cari...

Gaya Hidup Kesihatan

Petua Hilangkan Batuk Dan Kahak Secara Semulajadi

Kongsi
petua hilangkan batuk

Petua hilangkan batuk dan kahak ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh nenek moyang kita sebelum wujudnya ubat batuk yang dikeluarkan oleh farmasi sekarang. Ubat yang biasa diberikan dalam rawatan batuk dan selesema adalah seperti antihistamin (seperti chlorpheniramine), antitusif (seperti diphenhydramine) dan dekongestan (seperti pseudoephedrine). 

Menurut Food and Drugs Administration (FDA), ubat batuk dan selesema tidak harus diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 2 tahun kerana ia boleh memudaratkan. Kanak-kanak ini berisiko untuk mendapat kesan advers yang serius serta berpotensi untuk menyebabkan kematian terutamanya akibat penekanan saluran pernafasan.

Batuk menyebabkan diri anda dan orang sekeliling anda menjadi tidak selesa. Bagi yang mempunyai masalah batuk, anda boleh mencuba petua tradisional ini dengan hanya menggunakan bahan asas yang ada dirumah anda.

Petua Hilangkan Batuk
Foto: sentiasapanas.com

Hilangkan Batuk Dengan Madu

Batuk yang paling perit adalah batuk kering atau dry cough. Batuk kering boleh jadi sangat teruk pada malam hari dan waktu pagi. Bukan saja tekak tak selesa, dada dan perut pun turut sama sakit. 

Cuba amalkan makan madu. Madu dikatakan efektif dalam melegakan batuk dan sakit tekak kerana ia dapat melembapkan tekak yang kering dan gatal dengan fungsi hidrasinya.

Caranya, ambil segelas air suam dan campurkan sesudu madu, lalu minum. Anda boleh ulangi cara ini sebanyak 2 atau 3 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tekak. Untuk kesan yang lebih baik, anda juga boleh campurkan madu dengan segelas teh lemon. 

Madu merupakan satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak. Menurut satu kajian, madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding ubat batuk yang mengandungi dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk.

Baca juga  Harga Rumah Bakal Turun Disebabkan Impak Ekonomi Sekarang
Petua Hilangkan Batuk
Foto:semuanyajdt.com

Gunakan Asam Jawa

Selalunya asam jawa digunakan untuk melegakan tekak jika anda terasa gatal-gatal pada tekak. Asam jawa senang digunakan kerana asam jawa merupakan bahan perasa makanan yang selalu ada di dapur.

Asam jawa memang terkenal dalam campuran masakan melayu, tetapi ia juga mengandungi khasiat yang mampu membuatkan tekak anda berasa lega dan nyaman. Minum air asam jawa ini bukan sahaja membuatkan tekak anda terasa nyaman malahan ia juga boleh menyejukkan badan kita secara tidak langsung.

Cara menggunakan asam jawa ialah dengan mencampurkan sekurang-kurangnya 2 sudu asam jawa. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mencampurkan dua sudu asam jawa ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga ia menjadi sebati dan kemudian tapis air asam jawa tersebut  untuk membuang biji dan seratnya.

Untuk mendapat kesan yang efektif, amalkan dua kali sehari antara minum pagi dan petang. Insyallah, tekak anda yang terasa pedih tadi akan beransur pulih sedikit demi sedikit.

Petua Hilangkan Batuk
Foto: mstar

Mengunakan Garam

Petua ini membantu melegakan sakit tekak yang menyebabkan batuk yang berpanjangan selain itu membantu mengeluarkan kahak.

Petua hilangkan batuk ini dilakukan secara beransur-ansur sehingga batuk tersebut hilang. Biasanya cara ini boleh membantu dengan cepat untuk menghilangkan batuk anda, sudah tentu ditambah pula dengan terapi semula jadi atau dengan mengambil ubat-ubatan doktor.

Anda hanya perlu mengambil segalas air suam dan sesudu teh garam, kacau sehingga sebati. Kumur air garam tersebut selama 15 saat sebanyak tiga kali sehari. 

Ambil perhatian bahawa kanak-kanak di bawah umur 6 tidak sesuai untuk menggunakan kaedah berkumur ini kerana bimbang mereka akan tertelan air garam dalam jumlah yang banyak.

Baca juga  Tisu Basah Tidak Sah Dalam Menepati Syarat-Syarat Penyucian Menurut Islam

Aiskrim Vanilla

Aiskrim adalah salah satu cara yang agak manja. Kadang kala ada sifat manusia ini, bila dia sakit tekak, disuruh minum air asam jawa tak menjadi. Apa lagi guna air garam, lagi la dia tak nak. Jadi, ini adalah salah satu jalan penyelesaian bagi “manusia manja” ha gitew~.

Aiskrim jenis vanila boleh merawat sakit tekak namun ia tidak terlalu efisyen. Tapi boleh digunakan bila keadaan memerlukan. Sebabnya, bila tekak terasa perit dan sakit, sejuk pada aiskrim vanilla mampu melegakannya walau untuk sementara.

Bawang Putih

Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk. Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.

Bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.

Antara manfaat bawang putih adalah menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat, melawan dan mencegah pelbagai jenis kanser, mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, dan meredakan selsema.

Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari racun dan membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi. Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.

Potong beberapa hirisan bawang putih, kemudian tambahkan satu sudu air dan masukkan perahan air lemon dan kemudian anda boleh mula minum. Ulangi prosedur ini setiap hari dan minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.

Baca juga  Melahirkan 44 Anak Pada Usia 36 Dari Seorang Suami

Air Suam Atau Air Kosong

 Air suam akan membantu anda untuk mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan anda meminum banyak air suam. Air merupakan elemen penting untuk merawat sakit tekak dan jika anda kerap minum air, nescaya anda sukar untuk menghidap sakit tekak.

Kekurangan cecair di dalam badan anda boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan iaitu seperti tekak menjadi kering dan ketidak keselesaan. Oleh itu, sentiasa mengamalkan minum air walau dimana pun anda berada. Sentiasa sihat, dan jangan lupa untuk share.

Susu Kunyit

Ramai diantara kita yang gemar meminum susu seawal pagi dan juga sebelum tidur. Malah, susu sememangnya baik untuk badan tetapi ramai yang tidak tahu bahawa susu juga mampu menjadi penawar demam, iaitu mampu merawat batuk dan selesema.

Walaupun begitu, minum susu sahaja tidak mencukupi, anda harus menggunakan atau mencampurkan dengan bahan lain supaya petua ini menjadi dengan mencampurkan dua bahan ini; susu dan kunyit.

Jika kunyit juga terkenal dengan khasiatnya dalam pemakanan, selain menjadi rawatan untuk jerawat. Ianya juga mampu merawat batuk dan selesema.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *