Cari...

Gaya Hidup

Perwatakan Seseorang Disebalik Bantal, Anda Yang Mana?

Kongsi

Secara lazimnya, sudah tentu bila ingin tidur kita akan selalu ada bantal di sisi. Kadang kalau tidur tidak berbantal, sudah pasti tidur anda jadi ada saja yang tidak kena. Melebihi dari satu bantal sudah menjadi kebiasaan sebelum mula masuk tidur.

Tentunya anda pernah melihat kanak-kanak kecil sering mengendong bantal busuk mereka setiap kali ingin masuk tidur. Bukan hanya masuk tidur saja, malah kanak-kanak juga sering membawa bantal kesayangan mereka kemana saja mereka berada. Ada juga kanak-kanak akan merengek jika bantal kesukaan mereka hilang entah ke mana.

Mungkin ada juga dikalangan anda yang tergolong di dalam golongan seperti itu, bukan? Mungkin saja anda seorang yang memerlukan banyak bantal semasa tidur atau langsung tidak kisah ada bantal ataupun tidak.

Tahukah anda, melalui gaya anda tidur sudah ada tafsiran yang menyatakan perwatakan anda seperti apa. Mari selongkar perwatakan rahsia di sebalik bantal yang di gunakan:

1. Cara memeluk bantal

Kebiasaannya bagi mereka yang gemar memeluk bantal, mereka mempunyai jiwa seni. Mereka mempunyai penghormatan yang tinggi terhadap kesenian dan sastera. Mereka mempunyai dan jiwa penuh dengan romantik. Tahukah anda, mereka ini tergolong mempunyai sikap yang prihatin dan mementingkan kesusilaan.

2. Menggunakan bantal lebih dari satu

Bagi yang gemar memerlukan bantal lebih dari satu, mereka merupakan seorang yang kurang keyakinan diri. Bagi meneruskan kehidupan, mereka sangat memerlukan teman pendamping bagi membantu mereka membuat keputusan yang betul. Mereka lebih yakin akan pandangan dari orang lain berbanding diri sendiri.

3. Tidur dengan satu bantal sahaja


Bagi individu yang tidur hanya menggunakan satu bantal, mereka bukanlah dari seseorang yang mengada-ngada. Individu ini gemar membuat keputusan sendiri melalui fikiran bukannya mengikut hawa nafsu semata-mata.

Baca juga  Tisu Basah Tidak Sah Dalam Menepati Syarat-Syarat Penyucian Menurut Islam

4. Tidur dengan bantal diletakkan di bawah kaki

Bagi individu seperti ini, mereka mempunyai satu sikap yang tidak baik. Mereka mempunyai sikap yang jarang mahu bergaul dengan orang sekeliling. Malah mereka juga tidak tahu bagaimana ingin memulakan pergaulan dalam erti kata lain mereka kaku. Disebabkan sikap seperti itu, individu ini mempunyai ego yang sangat tinggi Mereka juga sering menggunakan jalan mudah untuk mencapai apa yang menjadi kemahuan tanpa mahu berusaha lebih.

5. Tidur tidak berbantal

Individu ini mempunyai kepercayaan diri yang sangat tinggi. Keburukan dari terlalu percaya diri, mereka cenderung menjadi seorang yang ego dan akhirnya boleh membawa padah pada diri.  

Keperibadian anda boleh di ungkap melalui penggunaan bantal semasa tidur. Perwatakkan anda juga boleh diketahui melalui  semua di atas. Ada juga individu yang gemar mengunakan banyak bantal bagi menemani tidur dalam keadaan yang selesa. Berdasarkan senarai di atas, mana satu merupakan keperibadian anda? Adakah ia mempunyai persamaan dengan anda. Sekian petikan dari Bukanaku.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *