Cari...

Uncategorized

Personaliti Anak Pertama Hingga Ketujuh, Anda Ke Berapa?

Kongsi
personaliti anak

Personaliti anak setiap orang kebanyakkan berbeza. Selalunya personaliti ini dapat dikesan melalui bulan kelahiran dan anak keberapa mereka itu. Namun sejauh manakah kebenaran itu? Bagi sesetengah orang, mereka percaya tentang fakta ini dan hanya segelintir menolaknya mentah-mentah.

Tahukah anda, mengapa kebanyakan majikan meminta anda untuk mengisi butiran bilangan adik-beradik? Sebenarnya mereka ingin tahu anda anak keberapa dan kebanyakan personaliti mampu dikaji.

Disini, kami ingin kongsikan beberapa fakta personaliti anak pertama sehingga anak ketujuh. Selain itu, kami juga akan kongsikan fakta anak bongsu dan anak tunggal.

Anak Pertama

Anak pertama biasanya bersikap jujur dan berterus terang. Ini merupakan sikap semulajadi dalam hidup anak pertama. Mereka juga mampu bertanggungjawab untuk diri sendiri dan selalunya membela orang yang disayangi. Mereka seorang yang berdikari dan seorang yang kuat serta mampu berdiri atas kaki sendiri.

Oleh kerana sifatnya berdikari, maka mereka mempunyai kepakaran dalam bidang masakan. Sebagai anak sulung, mereka merupakan seorang pendengar yang baik terutamanya kepada orang yang disayangi. Mereka juga seorang yang matang, mudah memaafkan, tidak kedekut dan murah hati.

Sebenarnya, mereka juga seorang anak yang manja namun kurang menunjuk kemanjaannya. Apa yang selalu ditunjukkan adalah sifat keras kepalanya.

Anak Kedua

Anak kedua selalunya tidak terlalu bergantung kepada orang tuanya dan banyak menyelesaikan masalah dengan kawan-kawan. Oleh kerana mereka mampu menjadi sahabat yang baik, mereka sangat pandai bergaul dan senang mesra bila berjumpa orang yang baru dikenalinya.

Anak kedua juga seorang yang mampu menghadapi tekanan, berfikiran terbuka dan suka mencuba sesuatu yang baru. Selain itu, anak kedua juga sangat memahami dan sangat pandai berunding dalam apa jua situasi.

Baca juga  Benarkah Ibu Mengandung Tak Boleh Minum Kopi?

Anak Ketiga

Jangan melihat luaran mereka yang suka ketawa, namun di dalam hati mereka hanya tuhan saja tahu. Hal ini kerana mereka merupakan seorang yang sensitif dan mudah menangis. Jika melihat dari segi luaran, mereka nampak sangat garang dan tidak pandai senyum namun hakikatnya anak ketiga ini sangat mengambil berat.

Mereka seorang yang keras kepala dan tidak mudah mengalah dalam mendapatkan sesuatu. Mereka akan buat apa saja apa yang mereka suka dan tidak kisah dengan pendapat orang lain. Mereka juga seorang yang manja dan suka mengacau orang.

Disebalik kemanjaan mereka, dia tidak suka jika dirinya dibandingkan dengan orang lain. Jika anak ketiga ini marah, mereka akan memilih untuk berdiam diri daripada menimbulkan pergaduhan.

Anak Keempat

Anak keempat selalu disalah ertikan sebagai seorang yang sombong. Namun, jika anda mengenalinya lebih dekat, anda akan lihat betapa ramahnya dia. Hal ini kerana mereka sangat suka berbicara dan seorang yang sangat menyenangkan.

Anak keempat tidak suka menyusahkan orang lain dan sanggup melakukan apa sahaja untuk diri sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Mereka mudah meletakkan kepercayaan terhadap orang lain. Oleh itu, orang yang berada disekelilingnya sangat suka berkawan dengannya.

Anak keempat juga pandai menghibur hati dan memujuk diri sendiri ketika dalam keadaan sedih. Mereka juga sangat berterima kasih jika ada seseorang yang menolongnya. Anak keempat sangat suka kepada kanak-kanak. Mereka seorang yang sangat penyayang dan sanggup berkorban untuk orang yang disayanginya.

Anak Kelima

Anak kelima ini terkenal dengan sikap yakin diri walaupun jika dilihat fizikalnya macam mereka tidak mampu, namun kredibiliti mereka adalah sebaliknya. Mereka seorang yang susah yang bertolak ansur, kadang kala boleh menyebabkan orang lain terasa hati.

Baca juga  Kenali Personaliti Wanita Melalui Warna Kegemarannya

Seorang yang kaya dengan sifat pemurah dan perasaan kasih sayang. Mereka sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan ini dan kadang kala sikap mudah kasihan menyebabkan mereka mudah terpedaya. Anak kelima juga, seorang yang pandai berdikari tapi tidak pandai nak tunjuk. Seorang yang jujur bila bercakap walaupun benda yang dicakapkan menyakitkan.

Selain itu, mereka terkenal dengan sifat yang suka berangan.

Anak Keenam

Mukanya nampak garang walaupun dia sebenarnya seorang yang nampak menawan. Anak keenam juga mempunyai sifat mengambil berat tentang orang lain. Sentiasa tenang dalam menghadapi apa jua situasi. Pandai mengambil hati orang, dan seorang yang sangat manja dengan orang yang rapat dengannya.

Anak keenam suka bergurau senda, namun mereka seorang yang sangat rajin atau dengan kata lain, ringan tulang. Jika anak keenam ini perempuan, mereka seorang yang lemah lembut.

Mereka suka memaksa orang jika perlu walaupun kadang-kadang mudah saja nak fahami situasi orang lain.

Anak Ketujuh

Sifat anak ketujuh adalah cepat marah dan juga cepat sejuk perilakunya. Mereka ini bersifat sangat bergantung kepada seseorang dan mereka juga seorang yang sangat manja. Namun, mereka sedikit terpinggir di dalam keluarga dan memerlukan usaha gigih untuk dia mencapai kejayaan.

Kelebihan anak ketujuh ini adalah, mereka pandai menarik perhatian dan disukai orang sekeliling. Mereka mempunyai semangat yang tinggi, sangat aktif dan sifatnya berkobar-kobar. Anak ketujuh juga sangat teliti dan berwaspada dengan keadaan.

Namun begitu, mereka tidak begitu serius kerana mereka suka menyakat orang dan mengenakan orang lain. Tapi, hati-hati dengan sikap panas barannya dan dia mudah melukakan hati orang lain. Dikenali juga sebagai orang yang kuat cemburu dan bersedia menempuh sesuatu yang baru atau berisiko.

Baca juga  Tayar Tanpa Angin, Design Tayar Yang Menerajui Evolusi Terkini

Anak Bongsu

Sudah pastilah anak bongsu yang paling manja di rumah. Anak bongsu pandai mencari personaliti mereka sendiri yang tidak dimiliki orang lain dalam keluarga. Anak bongsu juga merupakan seorang yang sangat lucu. Namun mereka lebih santai dan tidak suka dengan peraturan. Mereka senang mendapat kawan dan seorang yang kreatif.

IQ yang dimiliki oleh mereka juga sangat tinggi. Anak bongsu akan selalu dapat apa yang di inginkan olehnya. Suka mencari perhatian dan paling disayangi.

Anak Tunggal

Anak tunggal adalah seorang yang sangat mementingkan privasi. Mereka merupakan seorang yang sangat teratur. Masa kanak-kanak mungkin anak tunggal ini sedikit manja. Tetapi apabila meningkat dewasa, mereka sangat bijak untuk berdikari. Mereka kurang gemar untuk berkongsi kerana tidak biasa dengan keadaan itu.

Anak tunggal lebih berjaya dalam pendidikan mahupun dalam bakat tertentu hingga membanggakan ibubapanya. Anak tunggal juga suka berjalan-jalan, mencuba benda yang baru. Mereka juga tidak suka dikawal oleh orang lain. Mereka kadang kala tidak boleh menghadapi sesuatu yang agak keras dan mereka sangat sensitif.

Sumber: ig:resumelakukeras

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *