Cari...

Psikologi

Personaliti Anak Ketiga Yang Pelik Berbanding Adik Beradik Yang Lain

Kongsi

Ada yang mengatakan mereka ini dikatakan sering dipinggirkan dan menjadi mangsa buli ahli keluarga kerana sikap mereka yang lebih gemar jadi pendiam dan menyendiri. Namun sebenarnya anak ketiga mempunyai berbagai kelebihan yang tidak kurang hebatnya berbanding anak pertama, kedua atau bongsu.

Seperti juga kelebihan pada anak pertama dan bongsu, tentunya anak ketiga juga memiliki keperibadian yang berbeza-beza. Dalam satu kajian mendapati bahawa anak ketiga ini juga mempunyai kelebihan tertentu yang ramai tidak tahu. Selain dikatakan seorang yang sangat sensitif, banyak perkara menarik berlaku dalam hidup anak ketiga.

Bahkan dari sudut pandang percintaan, fakta anak ketiga juga menyimpan sejuta kejutan yang sangat menarik untuk diselidiki.

Fakta Anak Ketiga, Si Manja yang Diam-Diam Punya Banyak Rahsia

1. Manja menjadi sifat bawaan anak ketiga

Selalu ingin dimanja oleh siapapun, menjadi sifat yang melekat erat pada keperibadian anak ketiga. Jika ia merupakan anak terakhir atau mempunyai kakak tertua, terkadang membuatnya menjadi sasaran untuk dimanja kerana dianggap paling kecil. Selain keinginannya yang harus selalu dituruti, anak ketiga ini juga sebenarnya jarang dimarahi jika membuat sebarang kesalahan kecil. Malah anak ketiga juga sebenarnya disayangi oleh sanak saudara dan adik beradik lain.

2. Seorang yang menyimpan sifat amarah tak terduga

Menyimpan amarah dalam diri sendiri, menjadi satu sifatl negatif yang terdapat pada anak ketiga. Ia juga terkenal sangat pandai menyembunyikan masalah pelik yang sedang dihadapinya. Pandai menyembunyikan perasaan itu dengan sifat ceria saat tampil di depan banyak orang. Namun, keperibadian anak ketiga ini diketahui sering memendam sifat marah yang sukar untuk dipendam jika sudah sampai waktunya.

3. Mempunyai sikap tanggungjawab tinggi walaupun bersikap tidak acuh

Meski terkadang tampil bersikap tidak acuh, namun mempunyai sikap tanggungjawab yang sangat tinggi dalam keluarga. Mudah juga bersimpati dengan nasib yang berlaku di sekeliling mereka, jadi tidak hairanlah jika menjadi kesayangan orang di sekeliling. Salah satu sifatnya yang unik adalah, anak ketiga boleh bercanda dengan baik meski saat itu hatinya sedang bersedih. Salut ya untuk kamu yang anak ketiga!

Baca juga  Mulut Memainkan Peranan Yang Besar Dalam Hubungan Manusia

4. Punya sifat peribadi yang sensitif dan mudah menangis

Penampilan garang yang sering dilabel oleh anak ketiga, ternyata hanyalah sisi sementara bagi anak ketiga. Diketahui, anak ketiga mempunyai sikap orang yang sangat mudah sensitif dan menangis. Mereka ini sangat pandai menyembunyikan perasaan sesungguhnya dan terlihat ceria, namundi dalam hati siapa yang tahu.Digambarkan sebagai seorang yang sensitif.

5. Berbeza dengan anak yang lain dan sedikit keras kepala

Dalam pandangan secara umum, anak ketiga dikenal pasti berbeza dengan saudara lainnya. Hal ini terkait hal-hal ‘tak biasa’ yang sering dilakukan oleh anak ketiga tersebut. Kebanyakan, kegiatan unik yang dilakukannya tidak pernah terfikir oleh adik beradik lain. Selain itu, anak ketiga pada umumnya juga terkenal keras kepala. Mereka cenderung sering memberontak dengan caranya sendiri. malah anak ketiga juga bersikap acuh dan tak ingin mendengar nasihat dari orang lain.

6. Mendapatkan bimbingan terbaik

Lahir sebagai anak ketiga, kemungkinan besar orang tua sudah lebih siap dan mempunyai berpengalaman. Akhirnya anak ketiga lahir dengan optimal dan juga dididik dengan baik termasuk juga dari kakak-kakaknya. Jadi sangat beruntunglah bagi mereka yang menjadi anak ketiga.

7. Penyempurna keluarga

Satu ungkapan popular dalam bahasa Inggeris yang ertinya “kali ketiga akan membawa keberhasilan.” Begitu pula kehadiran ketiga dalam keluarga. Anak ketiga dianggap sebagai penyempurna dan anugerah tambahan dari Tuhan.

Terserah apa kata orang lain, yang pasti orang tua dan adik beraik lain sangat menyayangi dan mensyukuri kehadranmu dalam keluarga. Bahkan, seluruh perhatian mereka akan difokuskan kepada anak yang lahir paling kecil.

Meski fakta anak ketiga yang ada di atas belum mencakup secara keseluruhan, namun memang seperti itulah adanya.

Baca juga  9 Cara Buat Anda Jadi Orang Yang Sangat Menarik Perhatian Dan Berjaya

Tak salah jika jika anak kketiga merupakan insan yang istimewa yang lahir dalam sebuah keluarga.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *