Cari...

Cerita Menarik

Personaliti Anak Ketiga Yang Akan Buat Anda Jatuh Cinta

Kongsi

Setiap manusia memiliki personaliti yang berbeza, jika ada pun persamaan mungkin hanya sedikit. Namun, pernahkah anda melihat perwatakkan seseorang itu seperti serupa dengan seseorang yang lain? Contohnya personaliti mengikut bulan kelahiran atau mengikut turutan kelahiran dalam keluarga.

Dikatakan bahawa personaliti anak ketiga dalam adik beradik sangat menarik dan mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengannya dengan mudah.

Jika anda salah seorang anak ketiga dari adik beradik, mungkin sifat-sifat ini ada persamaan dengan anda. Jom kita lihat;

Foto: Lifehack.org

1. Garang tetapi suka ambil berat

Anak ketiga selalunya kurang senyum, tetapi jika dia senyum sudah pasti akan buatkan orang cair apabila melihat senyumannya yang cantik itu. Sering dikatakan sebagai seorang yang sombong, tetapi sebenarnya seorang yang sangat baik hati.

Tidak suka menunjuk-nunjuk sifat ambil berat, nampak seperti dia seorang yang suka marah-marah. Tetapi sebenarnya dia sedang ambil berat dan sangat sayangkan anda.

2. Manja

Anak ketiga kebanyakannya sangat manja. Setiap yang diminta akan dituruti. Namun tidak semestinya dia suka meminta. Sifat manja dan memahami itu membuatkan pasangan mereka rasa selesa.

3. Suka Menyakat Orang

Sifat anak ketiga yang paling comel ialah suka menyakat orang, orang yang selalu menjadi mangsa adalah kakak atau abangnya. Jika dengan pasangan pula, dia suka menyakat manja dan buatkan pasangannya tidak keruan.

4. Jujur Dalam Melakukan Kerja

Seorang yang sangat jujur dalam melakukan kerja. Oleh kerana setiap yang dikerjakan dengan ikhlas dan jujur, mereka tidak suka dibeza-bezakan dalam pekerjaan.

5. Penyabar

Kalau ada orang yang buatkan mereka marah, mereka biasanya akan lebih memilih untuk berdiam diri dan simpan dalam hati. Jadi, susah untuk kita tengok anak ketiga ini marah orang tak tentu pasal.

Baca juga  Pokok Kaktus Tertinggi Didunia, Mencapai Ketinggian 3 Tingkat

Mereka lebih memilih untuk menjaga hari orang daripada mencetus pergaduhan. Jika anda memiliki pasangan yang sifat-sifatnya begini, anda harus rasa beruntung. Sekian petikan dari TheasianparentMalaysia.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *