Cari...

Kesihatan

Penyebab Kentut Busuk Dan Cara Mengatasi

Kongsi

Kentut merupakan perkara normal yang terjadi pada semua manusia. Secara semula jadi setiap orang harus melakukan ‘ritual’ satu ini untuk mengeluarkan gas dari perutnya. Namun, bunyi dan bau khas dari kentut boleh jadi membuat seseorang malu, apalagi kentut yang bau gas toxic. Namun, tahukah anda apa sebenarnya penyebab kentut bau busuk? Dan adakah bau kentut ini menandakan ada yang tidak bagus di dalam perut anda?

Secara normal, rata-rata saluran pencernaan manusia mengalami 5 sampai 15 liter gas setiap hari. Itu bermaksud kemungkinan akan muncul sepuluh sampai dua puluh kentut setiap hari. Gas gas ini terdiri dari nitrogen, oksigen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Namun ternyata bukan gas-gas tersebut yang menjadi penyebab bau pada kentut. Lalu, apa penyebab kentut bau tak sedap?

Menurut Dr Patricia Raymond yang merupakan doktor dan ahli American College of Gastroenterology telah menerangkan kepada Refinery29/MSN tentang mengapa ada hari tertentu kuantiti kentut kita banyak dari biasa.

Foto: Sayang Sabah

1. Terlalu banyak udara dalam badan

Terdapat dua sumber utama angin kentut kita, iaitu angin yang dihasilkan oleh usus besar kita dan angin yang kita telan yang akan melalui saluran penghadaman.

Angin udara yang kita telan itu akan menghasilkan kentut yang tiada bau. Ia boleh masuk ke dalam badan kita apabila makan terlalu cepat, mengunyah chewing gum atau minum banyak air karbonat bergas.

2. Pemakanan sihat

Bagus amalkan pemakanan sihat. Insha Allah ia menjamin kelangsungan hidup dan kesihatan yang baik. Tapi ada sedikit kontra yang perlu kita hadapi apabila makan cara begini.

Kita akan kentut busuk. Ya, kentut busuk sebab buah-buahan, sayur-sayuran, whole-grains dan legumes akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan hidung. Ini juga termasuk bawang, brokoli, kobis, dan lain-lain.

Baca juga  Tidur Dengan Lampu Terbuka Punca Badan Anda Jadi Gemuk

3. Penyerapan

Ini pula berkaitan dengan kentut yang tiada bunyi tapi ‘membunuh’ deria hidung kita. Kentut yang berbau sangat busuk ini terjadi apabila badan kita mempunyai masalah untuk menyerap nutrien tertentu, terutama gula dari karbohidrat dan diikuti oleh lactose.

4. Dalam penerbangan

Kajian menunjukkan semakin tinggi altitude, semakin menyebabkan gas dalam badan kita mengembang. Keadaan itu akan menyebabkan badan kita alami kembung dan akhirnya kembung perut.

5. Serius kentut banyak dan busuk

Walaupun kuantiti dan ‘kualiti’ kentut kita berbeza setiap hari, Dr Raymond menyatakan pendapatnya, jika berlaku kekerapan kentut dan kembung yang disusuli rasa sakit atau ada simptom lain seperti cirit-birit atau sembelit, kita wajar bertemu dengan doktor.

Cara Mencegah Kentut Bau Busuk

Salah satu cara mencegah kentut bau busuk adalah dengan mencegah makanan yang menyebabkan kentut anda berbau. Berikut adalah cara-cara untuk mencegah kentut bau busuk,

  • Jangan makan makanan yang boleh menyebabkan kentut bau busuk.
  • Kurangkan minum minuman bersoda dan jus buah, keranan ianya akan meningkatkan jumlah gas di dalam usus.
  • Makanan yang mengandung lemak tinggi juga boleh mengakibatkan perut menjadi kembung dan mengakibatkan kentut berbau sangat busuk.
  • Mengunyahlah dengan perlahan untuk mengurangkan jumlah oksigen yang tertelan bersama makanan.
  • Pastikan menjaga pola makan yang teratur.
  • Berhenti merokok, kerana rokok mampu meningkatkan jumlah gas dalam saluran pencernaan.

Jaga pemakanan adalah satu perkara yang penting, bukan sahaja menyebabkan kentut anda berbau. Ianya mampu menganggu sistem pencernaan anda. Sekian petikan dari hellodoktor.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *