Cari...

Info Menarik Kesihatan

Penyakit Cemburu Yang Keterlaluan Merupakan Sindrom Othello

Kongsi

Penyakit cemburu? Sebagai manusia yang normal, sudah pasti akan ada perasaan cemburu. Tidak kira lah cemburu itu kerana hal apa, ianya adalah normal. Namun begitu, jika cemburu anda tidak dapat dikawal, dan anda mudah berang tidak tentu pasal, kemungkinan besar anda mengalami sindrom othello.

Penyakit Cemburu

Jangan fikir ianya adalah perkara biasa, jika anda tidak atasi masalah cemburu keterlaluan itu, kemungkinan besar akan mendatangkan masalah yang besar pada anda. Kenali apa itu sindrom Othello dan tanda-tandanya

penyakit cemburu
Foto: hellosehat.com

Sindrom Othello

Bagaimana perasaan dan reaksi anda jika diajukan pelbagai soalan dan dilemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas oleh pasangan anda? Kalau sekali dua mungkin masih boleh bersabar dan bertindak positif tetapi bagaimana jika ia berlaku hampir setiap hari? Inilah masalah yang dihadapi oleh seseorang yang menjalinkan hubungan dengan penghidap Sindrom Othello.

Sindrom Othello yang turut dikenali sebagai ‘pathological jealousy’, adalah sejenis gangguan delusi di mana seseorang itu cenderung untuk membuat pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap pasangan mereka tanpa sebarang bukti yang kukuh. Dakwaan mereka ini boleh dibuat berdasarkan perkara yang tidak masuk akal. Berbeza dengan penyakit delusi yang lain, penghidap sindrom ini cenderung untuk menghendap, melakukan sabotaj dan juga berupaya untuk bertindak ganas.

Bentuk Sindrom Othello

Obsesi

Bentuk obsesi ini disertai oleh pemikiran cemburu yang melampau diikuti oleh satu set tindakan yang dilakukan berulang kali (kompulsif) demi memuaskan pemikiran obsesif tersebut. Sebagai contoh, akibat sering hadir pemikiran negatif terhadap pasangan dan rasa cemburu yang membuak – buak, seseorang itu mungkin akan menelefon pasangannya berkali-kali untuk mengetahui perihal mereka. 

  • Antara perbuatan kompulsif yang mungkin dilakukan oleh penghidap sindrom ini adalah: Memeriksa mesej dalam telefon pasangan 
  • Menyaring setiap interaksi dalam akaun media sosial pasangan 
  • Menuduh pasangan berlaku curang jika cuba mengelak daripada diserang
  • Mengekori atau menghendap pasangan dari masa ke semasa
  • Mengehadkan pergaulan pasangan walaupun dengan kawan rapat atau ahli keluarga
Baca juga  Anak Anda Alahan Pada Telur? Ketahuilah Sebabnya Disini

Delusi

Definisi delusi adalah kepercayaan salah yang kukuh tentang suatu perkara walaupun bukti jelas menunjukkan bahawa kepercayaan mereka adalah salah. Sebagai contoh, seseorang itu yakin bahawa artis ternama sedang bercinta dengannya walaupun artis tersebut tidak tahu menahu akan kewujudan mereka. Bagi penghidap sindrom ini, delusi yang mereka alami adalah delusi kecurangan.

Yang pasti penghidap sindrom ini cenderung untuk melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap pasangan mereka. Jika anda mempunyai pasangan yang mempunyai masalah ini, segera dapatkan bantuan agar anda tidak terus merana. Seperti mana-mana penyakit, terdapat rawatan dan pengurusan yang boleh dilakukan oleh doktor. Selain perasaan cemburu, bersangka baik dan saling mempercayai juga adalah tanda sayang seseorang terhadap pasangan mereka. Sekian petikan dari hellodoktor.com

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *