Cari...

Antarabangsa Culture Gaya Hidup Living Sains

Pencemaran Udara Membawa Kemudaratan Jika Tidak Di Kawal

Kongsi

Pencemaran udara di kebanyakan bandar metropolitan di dunia lima kali ganda teruk daripada kualiti udara yang disarankan oleh WHO (World Health Organization). 

Dikatakan lebih 7 juta mati setiap tahun yang diakibatkan oleh pencemaran udara. Kebanyakkan kematian ini berlaku pada negara yang mempunyai tahap pencemaran udara daripada asap kereta dan masih menggunakan dapur tradisional dengan bahan bakar arang. Data ini diperolehi daripada analisis WHO pada 4300 buah bandar pada 130 buah negara.

Pencemaran udara yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor dianggarkan 333 juta tan karbon dioksida dilepaskan ke udara setia tahun. Kenderaan bermotor juga menghasilkan karbon monoksida; gas beracun yang merbahaya kepada kesihatan manusia dan haiwan. Toksik ini menyebabkan vertigo dan sakit kepada, atau lebih teruk akan menyerang sistem saraf dan jantung. Selain itu, kenderaan bermotor turut menghasilkan Nitrogen Oksida dan reaktif hydrokarbon.

Siapa tahu, memasak menggunakan dapur tradisional juga menyebabkan pencemaran udara. Perkara yang lebih mengejutkan lagi, 90 peratus daripada jumlah kematian setiap tahun berpunca daripada keluarga yang memasak menggunakan arang dan minyak tanah di negara-negara yang mempunyai aras pendapatan rendah dan sederhana. bahan bakar arang dan minyak tanah boleh menyebabkan penyakit jantung, kanser paru-paru dan lain-lain.

Berikut adalah laman sesawang untuk melihat statistik pencemaran:

India, Cameroon, Uganda, Pakistan, Bangaladesh dan China mempunyai bandar-bandar yang berada di tempat 20 teratas dalam hal pencemaran udara ini mengikut laporan WHO yang diambil tahun lepas. Terdapat juga negara yang berpendapatan tinggi mempunyai indeks bacaan udara tercemar yang tinggi seperti Qatar, Kuwait dan Saudi Arabia. Bandar paling tercemar ialah Kanpur di India dengan bacaan 157. Negara yang mempunyai bacaan udara paling bersih ialah Finland, dengan kesemua bandarnya berada di bawah bacaan 50.

Foto: beritasemasa.com.my

(IPU= Indeks Pencemaran Udara)

Baca juga  Menyambut Syawal Seorang Diri Kerana Sudah Kehilangan IbuBapa

Jangan bimbangkan Malaysia, indeks bacaan udara kita masih dalam baik menurut laporan semasa daripada laman sesawang aqicn.org. Cuma ada beberapa tempat sahaja di Malaysia yang berada di tahap sederhana. Namun, kita tidak sepatutnya terbuai lena dengan nikmat kita kerana suatu hari nanti kita juga akan merasakan sama seperti mereka.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *