Cari...

Islamik

Pemuda Ini Mencari Jodoh Di Malaysia- Seorang Qari

Kongsi

Pemuda ini mencari jodohnya di Malaysia mana tahu dapat pasangan kan? Seorang peserta qari ingin mencari jodoh di Malaysia kerana hatinya menyukai Malaysia yang aman dan damai.

Majlis Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019 baru sahaja selesai, di mana peserta dari Malaysia, Nor Farhatul Faizurah Panut dan Abdul Khair Jalil muncul juara qariah dan qari. 

Bagaimanapun, seorang peserta qari luar menjadi tumpuan media kerana keramahannya.

Sebab itu, Tidak ramai Yang Mengetahui Pentingnya Doa Istikharah Dalam Soal Jodoh.

Ahmet Ucar, 25, peserta dari Austria ini menjadi tumpuan di antara barisan qari dan qariah dari negara luar seperti Sweden, Norway, Azerbaijan, dan Montenegro kerana sanggup ditemu ramah pelbagai barisan media dan menyatakan kekagumannya dengan toleransi di negara ini.

Mencari Jodoh Di Malaysia

Tambah menarik, jejaka yang masih bujang itu memberitahu Sinar Harian bahawa beliau tidak menolak jika berjodohan dengan gadis tempatan kerana telah lama mengagumi keramahan rakyatnya.

Mencari Jodoh Di Malaysia
Foto: OMM

Menurut pelajar Pascasiswazah Pengajian Islam di University of Vienna ini, beliau telah merantau ke banyak negara Eropah tetapi mendapati hospitaliti komuniti Islam di negara ini jauh berbeza.

‘Ini kali pertama saya ke Malaysia, sebelumnya saya mengenali negara ini daripada seorang pensyarah saya yang juga berkahwin dengan rakyat Malaysia,’ kata Ahmet.

Foto: OMM

‘Saya dapati, rakyat Malaysia bukan sahaja ramah tetapi mudah tersenyum dan tidak seperti di negara saya, pemakaian hijab di sini tidak diharamkan,’ tambahnya yang teringin tinggal lebih lama di Malaysia dan tidak menolak jika ada jodoh di sini.

Jadi, satu peluang buat gadis Malaysia yang ingin berkenalan dengan jejaka Austria bujang ini.

Sumber: cari.com.my

Baca juga  Ini Perkara Yang Wanita Perlu Tahu Pasal Suami Sering Mendiamkan Diri
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *