Cari...

Gaya Hidup Info Menarik Tips Menarik

Pemilik Dahi ‘Padang Golf’ Dikatakan Lebih Bijak, Betul Ke?

Kongsi
dahi

Setiap orang memiliki personaliti yang berbeza dan keistimewaan masing-masing. Ada yang meniliti seseorang dengan hanya melihat ukuran jari tangan, gaya berjalan mahupun senyuman. Terkini pula, pemilik dahi padang golf dikatakan mempunyai IQ yang tinggi.

Dahi luas atau lebar seringkali dikatakan sebagai dahi ‘padang golf’. Ianya sering menjadi satu sindiran kepada pemilik dahi luas ini. Sedikit sebanyak membuatkan mereka rasa rendah diri dan kurang mahu bergaul dengan orang sekeliling.

Foto: AmazingNara

Jika kita sering mendengar fakta tentang bentuk bibir, lesung pipit atau bentuk kening berkaitan dengan personaliti diri, dahi juga tidak terlepas dari kajian seperti itu.

Tidak pasti ianya satu kajian benar atau hanya untuk suka-suka, namun sedikit sebanyak apa yang di huraikan ada berkaitan dengan diri atau personaliti seseorang.Foto: Liputan6.com

Dikatakan pemilik dahi luas dan lebar seorang yang cerdik. Hal ini kerana dengan tulang tengkorak yang relatif lebih besar mampu memiliki perkembangan otak yang baik dan sangat cerdas.

Antara lain ciri yang dimiliki oleh mereka ialah lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tidak suka dengan persekitaran yang bising dan sukakan kedamaian.

Walaupun mereka seorang yang pendiam, ini bukan bermakna mereka tidak suka berkawan. Sebenarnya mereka tidak suka memulakan bicara terlebih dahulu. Jadi, anda yang harus mulakan dahulu perbicaraan.

Mereka sering dikatakan seorang yang sombong kerana tidak pandai bergaul, tetapi jika anda sudah mengenali mereka, anda akan rasa seronok dan suka mendampingi mereka. Sekian petikan dari bukanaku.com

Baca juga  9 Cara Untuk Membanteras Kumbang Beras Secara Berkesan
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *