Cari...

Style

Pemakaian Cincin Di Jari Dapat Ketahui Personaliti Seseorang

Kongsi

Pemakaian Cincin Di Jari Dapat Ketahui Personaliti Seseorang. Anda boleh ketahui personaliti seseorang melalui cara pemakaian cincin di jari mereka. Sejauh manakah kebenarannya? Sama ada percaya atau tidak, letak ke tepi dulu. Anda boleh membacanya sekadar untuk menambah ilmu.

Umat Islam baik golongan lelaki atau wanita amat digalakkan untuk mengikuti sunnah Nabi Muhammad s.a.w. dalam kehidupan seharian seperti dalam pemakaian cincin.

Bagaimana Cara Sunnah Memakai Cincin

Para ulama` berselisih pendapat yang mana lebih utama dalam pemakaian cincin ini. Walaubagaimanapun telah ijmak para ulama` bahawa harus memakai cincin pada mana-mana tangan. Maka diharuskan (dibolehkan) memakai cincin sama ada di tangan kanan dan juga tangan kiri.

Menurut Imam an-Nawawi; “Telah ijmak para ulamak bahawa harus memakai cincin di tangan kanan atau tangan kiri. Di sebelah mana kita memakainya tidaklah dimakruhkan.” ( Sahih Muslim).

Bagi wanita, pemakaian cincin di mana-mana jari dibolehkan. Tetapi, bagi lelaki pula mengikut sesetengah pendapat ulamak, hanya jari manis dan telunjuk sahaja dibenarkan.

pemakaian cincin
pemakaian cincin

Cincin yang dipakai atau disarung adalah bertujuan untuk perhiasan. Ia juga sebagai tanda individu tersebut sudah berpunya mahupun telah mengikat tali pertunangan atau pernikahan.

Ada sesetengah individu pula yang tidak boleh memakai langsung perhiasan di jari kerana sensitif dan sebagainya. Jom kenali personaliti si pemakai cincin mengikut jari yang yng disukainya. 

1) Ibu jari

Orang yang pakai cincin di ibu jari dikatakan mencerminkan kehendaknya yang ingin menguasai sesuatu biarpun berdepan dengan situasi yang sukar dan mencabar.

2) Jari telunjuk

Katanya orang yang suka pakai cincin dekat jari telunjuk ini sebenarnya suka menguasai sesuatu ilmu itu. Orang itu sangat suka kalau menjadi seorang ketua untuk apa-apa jenis keadaan.

Baca juga  Gadis "Blue Dragon" Dengan Bebola Mata Biru

3) Jari hantu

Ini menunjukkan dia seorang yang selalu mengambil berat terhadap hal-hal berkaitan kesejahteraan dan kedamaian. Dia tidak suka dengan pertelingkahan dan kehancuran.

4) Jari manis

Empunya badan ni katanya seorang yang berminat dengan hal-hal yang berkaitan dengan percintaan. Maka dia seorang yang romantik dan penyayang.

5) Jari kelingking

Ia mencerminkan keperibadian yang lebih menjurus kepada hal-hal berkaitan komunikasi, perhubungan awam dan perniagaan. Hanya si pemakai je boleh mengiyakan atau menidakkanmya.

Sekian itu saja yang boleh kita kongsikan tentang personaliti melalui pemakaian cincin di jari. Kongsikan kepada rakan yang suka memakai cincin.

Tag:

1 komen

  1. cincin kawin surabaya July 2, 2019

    Hello I am so grateful I found your webpage, I really found you
    by accident, while I was browsing on Digg for something else, Regardless
    I am here now and would just like to say thank
    you for a marvelous post and a all round entertaining blog (I also love the theme/design), I
    don’t have time to look over it all at the
    moment but I have saved it and also added in your
    RSS feeds, so when I have time I will be back to read a lot more, Please do
    keep up the excellent work.

    Reply

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *