Cari...

Cerita Menarik Psikologi

Peluk Bantal Lebih Dari Satu Bererti Anda Seorang Yang Manja

Kongsi

Rasanya ramai dikalangan kita yang suka tidur sambil memeluk bantal. Tidur tanpa memeluk bantal seolah-olah terasa sangat sunyi dan berseorangan.

Bagi sesetengah orang yang mengalami trauma, mereka tidak gemar tidur tanpa bantal untuk dipeluk. Mereka terasa seolah-olah hidup keseorangan dan rasa terancam.

Begitu juga dengan mereka yang suka tidur dengan banyak bantal, supaya rasa diri selamat ketika dibilik tidur. Kedengaran sangat pelik, namun ianya sememangnya ada yang berperasaan begitu.

Tahukah anda, Dengan gaya tidur juga mampu merungkai perwatakkan anda. Jom kita lihat.

1. Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni & manja . Mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.

Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2. Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan, dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3. Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois.

Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2.Mereka tidak suka berusaha.

5. Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

Anda rasa anda yang bagaimana? Pasti salah satunya sama dengan perwatakkan anda. Sekian petikan dari bm.cari.com.my

Baca juga  Kenapa Ramai Wanita Cantik Tertarik Pada Lelaki Tua
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *