Cari...

Teknologi unik

Pelancaran Tayar Tanpa Angin Oleh Michelin Dan General Motors

Kongsi

Tayar tanpa angin memang sesuatu yang baru dan inovasi ini sangat memberi banyak kelebihan kepada kenderaan zaman moden. Hal ini kerana, kebanyakkan masalah yang sering dialami oleh kenderaan bermotor adalah tayar yang selalu pancit. Lebih-lebih lagi bila melakukan perjalanan yang jauh, pasti sangat melecehkan.

Michelin dan General Motors semalam telah mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan untuk kenderaan komersial menjelang 2014. Tayar prototaip UPTIS (Unique Puncture-proof Tire System) ini bukan sahaja mengelakkan masalah kebocoran tetapi mengurangkan penggunaan bahan kerana tidak perlu ditukar dengan kerap berbanding tayar pneumatik semasa.

tayar
Foto: usatoday.com

Michelin telah menunjukkan beberapa prototaip tayar tanpa angin sejak 2005 yang diberi nama Tweel. Penggunaannya pada kenderaan komersial adalah rendah kerana tayar tanpa angin adalah lebih keras membuatkan pemanduan kurang selesa. Ia walau bagaimanapun digunakan pada kenderaan industri di kilang kerana tahan lasak.

Pasti perkara ini sangat mengembirakan ramai orang kerana kurangnya kos untuk membaiki tayar rosak atau bocor. Ramai yang menunggu keluaran tayar ini untuk kenderaan mereka. Jangan lupa kongsikan artikel ini!

Baca juga  Teknologi Mengedit dan Menghapus Kenangan Manusia Sudah Ditemukan

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *