Cari...

Teknologi

Pelancaran Huawei Maimang 8 Di China Kirin 710

Kongsi

Pelancaran Huawei Maimang 8 di China iaitu Kirin710 tri-kamera belakang mendapat sambutan. Huawei hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar terbaru untuk pasaran China, iaitu Huawei Maimang 8. Jikalau dibandingkan, peranti ini adalah sama seperti Huawei P Smart+ 2019 yang telah dilancarkan pada tahun lepas, ataupun model Huawei Enjoy 9s yang dilancarkan beberapa bulan lepas.

Huawei Maimang 8 hadir dengan skrin bertakuk 6.21-inci, menawarkan nisbah skrin 19.5:9, dijana cip Kirin 710, pilihan memori sehingga 6GB RAM dan storan sehingga 128GB.

Untuk rakaman gambar, Huawei Maimang 8 menyertakan tri-kamera belakang gabungan 24MP + 16MP + 2MP, sementara untuk rakaman swafoto pula, ia menyertakan kamera 8-megapixel. Melengkapkan ia juga adalah bateri 3400mAh.

Foto: gsmarena.com

Telefon pintar ini hadir menggunakan sistem operasi Android 9.0 Pie, dan dilengkapi antaramuka EMUI 9.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah nama pemasaran untuk model peranti ini bagi pasaran global. Di China, Huawei Maimang 8 ini ditawarkan pada harga 1899 Yuan, iaitu sekitar RM1142.

Harga pun masih mampu milik dan adakah ia menjadi saingan kepada smartphone yang lain? Semakin banyak pilihan sekarang yang boleh memeningkan kepala pengguna.

Sumber: amanz.my

Baca juga  Teknologi Mengedit dan Menghapus Kenangan Manusia Sudah Ditemukan
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *