Connect with us

Pelajar Meninggal Dunia Akibat Digilis Bas Sekolah

Gaya Hidup

Pelajar Meninggal Dunia Akibat Digilis Bas Sekolah

Seorang pelajar di Sekolah Menengah Tenang Station, Segamat di sini maut selepas dilanggar oleh bas sekolah yang dinaikinya.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, dalam kejadian jam 3 petang tadi, mangsa, M Ranjani Devi, 18, dilaporkan terjatuh sewaktu berdiri di tangga pintu bas sebelum digilis di bahagian tayar belakang kenderaan terbabit.

“Kemalangan berlaku apabila bas sekolah yang dalam perjalanan dari arah Taman Tenang menuju ke Jalan Mutiara 8 untuk menghantar pelajar- pelajar sekolah pulang ke rumah. Mangsa dipercayai sedang berdiri di tangga pintu keluar bas namun tiba-tiba terjatuh sebelum digilis bahagian tayar kiri belakang.

“Kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita.

Menurut Raub, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan sehingga kini, siasatan masih lagi diteruskan.

Sumber:

NUR ALINA HASSAN | 29 Jan 2019 #SinarHarian

Baca juga  Tisu Basah Tidak Sah Dalam Menepati Syarat-Syarat Penyucian Menurut Islam
Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Gaya Hidup

Ke Atas
loading...
loading...