Connect with us

Pejabat Tanah Dan Survei Diserbu Pemohon Lot Kediaman Selepas Solat Jumaat

Culture

Pejabat Tanah Dan Survei Diserbu Pemohon Lot Kediaman Selepas Solat Jumaat

Menurut pihak Jabatan Tanah Dan Survey, mereka akan memberi borang untuk memohon lot kediaman yang akan di buka tidak lama lagi, pada pukul 2 petang.

Namun ternampak kerumunan orang ramai yang tidak sabar untuk mengisi borang berikutan dengan khabar, “borang akan habis”, “siapa cepat, dia dapat” dan bermacam-macam lagi khabar angin kadang-kadang tak masuk akal.

Perkara tersebut menyebabkan berlakunya sedikit kekecohan dan pegawai tanah dan survei tampil memberi keterangan bahawa borang tidak terhad dan boleh di ambil pada hari Isnin juga.

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu diserbu orang ramai susulan notis mempelawa penduduk dari beberapa kampung bagi memohon lot tanah bagi tujuan membina rumah di Skim Pembesaran Kampung Bukit Lima Fasa I.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati ratusan orang ramai memenuhi pintu hadapan pejabat tersebut pada pukul 12.00 tengah hari ini bagi mendapatkan borang permohonan.

Sehingga jam 2.30 petang tadi, pintu utama Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu itu masih ditutup dan borang permohonan belum diedarkan kepada orang ramai yang sedang menunggu di luar perkarangan bangunan tersebut.

Keadaan ini menyebabkan berlaku sedikit kekecohan kerana terdapat segelintir pemohon mula hilang sabar.

Bagaimanapun, keadaan dapat ditenteramkan oleh pegawai yang bertugas dengan menjelaskan borang permohonan skim tanah tersebut adalah tidak terhad dan boleh dipohon pada hari lain iaitu Isnin hingga Jumaat.

Borang mula diedarkan sekitar pukul 3.00 petang dan ada yang kelihatan meninggalkan pejabat itu kerana enggan menunggu terlalu lama.

Notis itu antara lain, permohonan dibuka kepada penduduk Bumiputera Islam dari Kampung Datu, Kampung Hilir, Kampung Baharu, Kampung Nangka dan Kampung Usahajaya Baru.

Bagaimanapun, pegawai Tanah dan Survei Sibu enggan mengulas mengenai syarat ‘penduduk Bumiputera Islam’.

Baca juga  Orang Yang Pernah Patah Hati Adalah Orang Yang Kuat

Pegawai itu cuma memberitahu, ia akan dijelaskan oleh Ibu Pejabat Tanah dan Survei di Kuching.

Sumber: utusanborneo

Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Culture

Ke Atas
loading...
loading...