Connect with us

Patung Berhala Diletak Di Depan Surau, Siapa Punya Angkara?

Culture

Patung Berhala Diletak Di Depan Surau, Siapa Punya Angkara?

Penduduk Taman Pendamar Indah, di Pelabuhan Klang kecoh apabila dikejutkan dengan patung berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama di Surau Sabilul Huda. Patung berhala tersebut diletakkan oleh individu yang tidak diketahui antara pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang sebelum disedari oleh penduduk yang datang untuk membuat persiapan bagi solat Asar di surau berkenaan.

Mohd Yatim Omar berumur 64 tahun berkata, patung berhala itu ditemui ketika hendak membuka pintu surau yang berkunci kira-kira pada pukul 4.15 petang. Beliau terkejut dengan penemuan patung berhala itu lalu memanggil ahli jawatankuasa (AJK) serta qariah surau bagi melihat sendiri patung berhala tersebut.

“Ketika saya pulang selesai solat Zohor, semua dalam keadaan baik dan tiada menjumpai apa-apa patung berhala, namun apabila saya datang semula ke surau untuk solat Asar, ada patung berhala yang diletakkan di situ.”

hmetro.com.my

“Saya sangat terkejut dan tidak tahu apa motif atau siapa individu yang meletakkan patung berhala itu. Tambahan pula, surau ini tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV). Setahu saya, surau ini tidak pernah menerima aduan atau mempunyai masalah dengan mana-mana pihak selain kecurian tabung surau yang sudah berlaku hampir lebih sepuluh kali.”

“Perkara ini sangat sensitif berikutan ia telah mencemarkan tempat ibadah bagi masyarakat yang beragama Islam. Kami kecewa dan terkesan dengan kejadian seperti ini yang seolah-olah menghina agama Islam serta menggesa dalang di sebalik kejadian itu tampil meminta maaf.”

“Pada mulanya kami tidak mahu menimbulkan kekecohan serta memperbesarkan perkara ini, namun kami tidak boleh berdiam diri lagi berikutan ia tidak menghormati agama Islam,” katanya. Mohd Yatim menceritakan, setelah penemuan tersebut, dia terus membuat laporan polis di Balai Pandamaran, Klang Selatan, serta menyerahkan berhala itu untuk siasatan lanjut.

Baca juga  Mengapa Allah Swt Turunkan Nabi Isa Menjelang Kiamat

Sementara itu, AJK surau itu, Abd Rahman Mohd Shariff, 46, berkata, dia amat terkejut apabila dimaklumkan dengan penemuan berhala terbabit. “Memang timbul perasaan marah dan geram apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab dipercayai dengan sengaja meletakkan berhala terbabit di bersebelahan pintu masuk ini.”

“Ini adalah kejadian kali pertama dan saya kira ia sepatutnya tidak patut berlaku di rumah agama. Ia perkara yang sangat sensitif. Kami harap agar perkara ini disiasat,” katanya. Menurut sumber – Faliq Lajim ([email protected])

Baca Selanjutnya
Advertisement
Artikel berkaitan
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More in Culture

Ke Atas
loading...
loading...