Cari...

Gaya Hidup

Pandangan Mata Lelaki Berbicara, Kadang Kala Perempuan Tak Tahu

Kongsi

Pandangan mata lelaki selalunya memberi gambaran apa yang ingin disampaikan tanpa diketahui pihak yang lain. Seperti “Secret eye voice” atau “komunikasi mata”, selalunya sukar difahami oleh wanita. Kadang-kala di salah tafsirkan sehingga si perempuan itu melakukan sebaliknya.

Lelaki sememangnya memiliki seribu satu cara untuk mendapatkan perempuan, antara kelebihan mereka ialah dengan menggunakan pandangan yang mampu menggoda. Jika anda perasan, lelaki suka bermain mata dengan wanita yang diminatinya. Apa agaknya maksud tersirat disebalik pandangan itu ya?

Pandangan Mata Lelaki

Pandangan Mata
Foto: hanasuva.com

Merenung Malu

Sekiranya anda berdua sedang berkomunikasi, tenung matanya. Dia pasti akan merenung kembali dan jika dia tewas dengan tenungan anda selepas beberapa saat, ini bermakna dia tertarik dengan anda. Kebanyakan lelaki akan menunduk malu setelah ditenung oleh wanita yang disukainya dan merenung kembali setelah hilang sedikit perasaan malunya.

Mengangkat Kening

Perhatikan keningnya. Sekiranya dia ada mengangkat sedikit keningnya ketika berbicara denganmu atau ketika berada berhampiran denganmu, ini bermakna yang dia berminat!

Curi-Curi Pandang

Sekiranya anda berada berhampiran dengannya, dia memandang anda namun begitu apabila anda melihatnya kembali, dia mula mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Berita baik untukmu kerana si dia malu tetapi mahu!

Pandangan Ekor Mata

Pandangan sebegini digemari oleh rata-rata lelaki ego. Si dia mahu memandangmu tetapi bimbang akan tewas dengan renungan yang dibalas olehmu. Jadi mereka playsafe dengan memandang anda dari ekor matanya sahaja.

Bagi pendapat sesetengah orang, lelaki yang suka bermain dengan pandangan mata untuk memikat wanita selalunya seorang playboy. Anda harus berjaga-jaga supaya jangan terjerat dalam cinta lelaki yang salah. Sekian petikan dari wanista.com.

Baca juga  Beli Rumah Ini, Anda Akan Dapat Isteri Sekali
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *