Cari...

Kesihatan

Pada Yang Suka Makan Asam, Adakah Ianya Benar Selamat Untuk Anda?

Kongsi

Pasti ramai individu-individu diluar sana tidak kira lelaki ataupun wanita yang sangat gemar makan makanan yang masam bukan? Apatah lagi makanan yan sudah sedia dijerukkan dan dimasinkan. Mungkin ada juga yang tidak gemar makan makanan masam dan ianya boleh menyebabkan pert mereka rasa sakit akibat asid dari makanan yang bertekstur masam masin

Selalunya kita lihat apa yang banyak dijual di pasaran dan disekitar pasar basah ataupun gerai menjual buah-buahan, makanan yang sudah dijerukkan masam ini banyak menjadi pemintaan ramai orang.

Bukan itu saja, buah-buahan dan makanan yang berjeruk ini sudah pasti mengandungi asid atau rasa yang masam. Tahukah anda, buah tomato juga terdiri daripada buah-buahan jenis citrus. Sama juga dengan minuman bersoda, cuka dan kopi. Semuanya bergantung dengan kekuatan ketahanan perut seseorang dalam mencernakan makanan yang tinggi kandungan asid. 

Berikut merupakan perkongsian tentang makan makanan masam yang harus anda ketahui.

Kebaikan makan makanan yang masam

suazizi.blogspot.com

Makanan yang bernutrisi dikatakan mengandungi kandungan vitamin C, folik asid dan potasium tidak termasuk kopi dan minuman bersoda.

Bukan itu saja, buah-buahan da juga sayur-sayuran juga sering mendapat permintaan yang tinggi untuk dijerukkan oleh kerana makanan sebegitu sangat kaya dengan kebaikan bagi membaiki kadar insulin dalam tubuh badan manusia. Apa yang paling mengembirakan adalah, makanan masam juga mampu mengelak anda dari mengalami penyakit diabetes malah ia juga mampu mengurangkan berat badan anda serta memberikan kelegaan pada ketegangan otot. 

karteldakwah.com

Seperti sedia maklum, yogurt juga termasuk dalam satu sumber makanan perap yang mempunyai bakteria baik yang dikenali sebagai probiotik dan memberikan kesihatan usus. Pada yang menmpunyai masalah laktosa, sebaiknya anda amalkan dengan minum susu dan makan yogurt.

Baca juga  Engkabang Merupakan Mentega Untuk Cicah Nasi Di Sarawak

Pada masa yang sama, sayu-sayuran dan buah-buahan yang telah dijerukkan, ia masih saja mempunyai antioksida bagi membantu melawan bahayanya radikal bebas. Malah ia juga mampu mencegah diri anda dari masalah sakit jantung ataupun kanser. Tidak semua buahan dan sayuran yang telah dijerukkan memiliki kebaikan, hanya segelintir sahaja yang baik untuk tubuh badan. Hindari dari memilih jeruk yang mengandungi pewarna yang tidak asli.

nuhababy.com

Contoh buahan dan sayuran dijeruk yang tidak mempunyai kebaikan pada tubuh badan adalah seperti buah-buahan yang sudah dibungkus dan dicampurkan dengan gula serta pewarna. Itu merupakan makanan jeruk yang mampu memudaratkan kesihatan anda. Pastikan anda memilih buah=buahan yang masih terjamin kesegarannya dan mampu mengelakkan anda dari keracunan makanan.

Semoga dengan apa yang telah dinyatakan di atas, mampu memberikan anda petunjuk dan panduan dalam memilih makanan yang betul penuh berkhasiat. Sekian petikan dari Wanista.com.

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *