Cari...

Tips Menarik

Orang Yang Suka Menyendiri Lebih Bijak Berbanding Orang Lain – Kajian

Kongsi

Anda suka menyendiri? Anda tidak perlu risau kerana kajian menunjukkan orang yang suka menyendiri adalah lebih bijak berbanding mereka yang suka bersosial!

Norman Li dan Satoshi Kanazawa, menjalankan kajian ini ke atas 15,000 sampel. Dalam kajian ini, mereka cuba mencari kaitan antara jumlah rakan dengan kepuasan hidup dan kecerdikan individu. Ia dijalankan antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Hasil kajian mendapati, mereka yang berada diluar bandar lebih seronok dan puas dengan kehidupan mereka, walaupun tidak mempunyai ramai rakan, berbanding dengan mereka yang di bandar.

Selain itu, mereka merumuskan bahawa individu yang suka menyendiri adalah lebih bijak berbanding mereka yang lebih gemar bersosial bersama rakan-rakan.

Namun begitu, ini hanyalah daripada satu kajian dan tidak bersifat menyeluruh. Pakar psikologi berpendapat, seseorang yang bersosial bersama mereka yang bijak juga akan mempunyai pemikiran yang hampir serupa.

Sumber: Elite Readers

Baca juga  Langkah-Langkah Untuk Menjimatkan Bateri Telefon
Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *