Cari...

Kecantikkan

Orang Yang Mempunyai Dagu Terbelah Merupakan Pakar Mengurat

Kongsi

Mereka yang mempunyai belahan dibahagian dagunya nampak sangat unik dan istimewa. Selain memberikan tarikan pada rupa paras, belahan pada dagu menyerlahkan simetri di mana seseorang tampak fotogenik. Wajah begini biasanya mampu menghiasi muka majalah terkenal kerana kesempurnaan pada wajah.

Dagu terbelah umpama pelaris untuk tampak lebih jelita dan menggoda. Ini membuatkan mereka menjadi “mahal” dan sesuai untuk menjadi model di dalam mana-mana majalah atau di iklan-iklan. Mereka mampu menarik ramai mata-mata di luar sana dengan persona dagu terbelah.

Ramai yang berpendapat bahawa mereka yang mempunyai belahan pada dagu pakar dalam bab percintaan, mungkin saja ramai jejaka yang tertarik dengan wajah yang lengkap dengan belahan pada dagu. Seperti lesung batu yang dikatakan sebagai cacat kecil tetapi mempersonakan.

Foto: kakireview.com

Individu berdagu terbelah ini merupakan seseorang yang kelakar dan selalu membuatkan orang sekelilingnya terhibur. Dari segi personaliti pula orang mempunyai dagu terbelah dikatakan cenderung untuk mengurat dan memang ‘pakar’ dalam hal itu. Dikatakan juga, naluri seksual hebat dan menghiburkan.

Mereka yang memiliki belahan pada dagu sering kali dipuji kerana sangat cantik dan sering menjadi rebutan orang. Ramai pemilik dagu belah tak kiralah mereka putih kemerahan, kuning langsat, atau hitam manis, mereka tetap akan dipuji sebagai lawa disebabkan keunikan bentuk dagu mereka.

Petikan dari laman bukanaku.com.

Baca juga  Cara Memutihkan Kulit Tanpa Menggunakan Krim Pencerah
Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *